Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Berpuasa Tapi Masuk Neraka?

Salam Ramadhan Ke-12 Semua. Sedar tak sedar kita sudah berpuasa selama 12 hari dan berbaki 18 hari saja lagi. Semoga kita semua ddipermudahkan untuk menjalani ibadah puasa kali ini.

Semasa bulan Ramadhan inilah, kita berpeluang untuk perbanyakkan amal ibadah. Bukan hanya sekadar berpuasa saja. Nanti puasa kita akan jadi sia-sia.

Isi Kandungan

Berpuasa Tapi Masuk Neraka

1. Dalam keadaan berpuasa ini, elakkan diri kita dari menyakiti orang lain. Tidak kira samada menyakiti mereka di dalam media sosial, secara verbal atau bertulis. Ini kerana perbuatan tersebut akan mengganggu kualiti puasa seorang muslim.

2. Dalam sebuah hadis, seorang sahabat pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ tentang seorang perempuan yang berpuasa, tetapi suka menyakiti jirannya. Sahabat tersebut bertanya:

إِنَّ فُلَانَةَ تُصَلِّي اللَّيْلَ ، وَتَصُومُ النَّهَارَ ، وَفِي لِسَانِهَا شَرٌّ تُؤْذِي جِيرَانَهَا سَلِيطَةٌ ، قَالَ : لَا خَيْرَ فِيهَا ، هِيَ فِي النَّارِ

“(Wahai Rasulullahﷺ), terdapat seorang perempuan yang bangun Qiyamullail dan berpuasa pada siang hari, tetapi dia menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Rasulullah lantas bersabda: “Tiada kebaikan di dalam amalannya. Sesungguhnya dia di dalam neraka.” (Musnad al-Bazzar)
3. Ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. Sabda Rasulullah ﷺ:
مَن لم يَدَع قولَ الزور والعملَ به والجهل، فليس لله حاجة أن يدَع طعامه وشرابه
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang tidak elok malah beramal dengannya serta (tidak meninggalkan) kejahilan, maka tiada gunanya di sisi Allah buat mereka yang meninggalkan makan dan minum mereka itu.” (Sahih al-Bukhari)
4. Hadith ini mengajar kita bahawa, dalam berpuasa, kita bukan sahaja perlu menahan diri dari makan minum, tetapi mengelakkan diri dari menyakiti saudara Muslim kita.
Semoga Allah membimbing kita.
 

 

Berikut golongan orang-orang yang rajin puasa tapi tetap masuk neraka disebabkan kelalaian mereka sewaktu menjalankan ibadah puasa.

1. Puasanya Orang Yang Tidak Solat

Solat merupakan tiang agama, semua amal ibadah tanpa didasari solat maka nilainya nol. Begitupun dengan puasa, meski puasanya rajin dan selalu tamat tapi tidak pernah melaksanakan solat, itu sama sekali tidak ada artinya. Puasanya hanya menahan lapar dan dahaga saja.

2. Puasanya Orang Yang Suka Berbohong

Orang yang puasa tapi masih suka berbohong dan bahkan menganggap kebohongannya itu remeh, maka puasanya tidak sah.

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak butuh dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.” (HR. Bukhari).

3. Puasanya Orang Yang Suka Maksiat

Tidak sedikit orang yang puasa tapi maksiatnya masih jalan terus. Seperti melakukan sesuatu yang diharamkan oleh agama. Oleh sebab itu, puasanya orang-orang yang masih menjalankan maksiat tidak akan pernah diterima.

4. Puasanya Tidak Sesuai   Petunjuk Nabi

Orang yang berpuasa tapi tidak sesuai petunjuk Nabi, maka puasanya tidak sah. “Barang siapa yang beramal bukan di atas petunjuk kami, maka amalan tersebut ditolak.” (HR. Muslim).

5. Puasanya Tidak Ikhlas

Semua amal ibadah harus didasari niat atas nama Allah dan hati dipenuhi keikhlasan ketika menjalankannya. Namun, jika hati tidak ikhlas saat menjalankan puasa dan tidak didasari niat atas nama Allah, maka puasanya orang tersebut sia-sia.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More