Official Bantuan E-Wallet RM100 Akan Disalurkan Disember Ini
Bantuan E-Wallet RM100 akan diberikan kepada penerima yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
“Bantuan E-Wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada BERNAMA pada 19 Oktober 2023, baru-baru ini.
Tarikh Penebusan Bantuan E-Wallet RM100
Dalam kenyataan sebelum ini, kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai atau Bantuan E-Wallet RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian Bantuan E-Wallet RM100 itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.
“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Bantuan E-Wallet RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan bawah RM100,000 setahun akan dilakukan pada Disember 2023.
– Steven Sim –
Sementara itu, Sim ketika ditemuramah dalam program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan BERNAMA TV berkata Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 akan memanfaatkan 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Beliau berkata, penerima yang layak akan menerima sumbangan berjumlah RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
“Sebagai contoh, harga ayam dan daging diapungkan, maksudnya semua kena beli pada harga pasaran tetapi untuk orang yang memerlukan, kerajaan ada banyak inisiatif, antaranya STR dimana ia meningkat dari RM8 bilion kepada RM10 bilion dan juga program SARA. Kerajaan beri RM100 selama setahun kepada keluarga di bawah STR setiap bulan, selain STR, bantuan wang tunai secara langsung turut diberikan, ia terus kepada golongan sasaran. Justeru, mereka boleh menggunakan duit itu untuk membeli barang keperluan. ‘This is what we called direct cash transfer’,” katanya.
Menjawab soalan mengenai kebimbangan wang sumbangan itu tidak digunakan untuk keperluan, Sim berkata, kerajaan perlu ada keyakinan terhadap mereka yang kurang mampu.
“Jangan sangka orang kurang mampu akan beli rokok dan saya tidak kata ia tidak berlaku tetapi kena ada fleksibiliti. Kadang-kala kalau kita (kerajaan) tetapkan peraturan yang ketat, ia menyukarkan penerima kerana ada antara mereka mempunyai keperluan dan kepentingan lain,” katanya.
Kredit Sumber: BERNAMA
Diharapkan info terkini tentang Bantuan E-Wallet RM100 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua rakyat Malaysia.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.