Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cuti Deepavali 2023: Tarikh Rasmi Cuti Umum & Cuti Tambahan

Cuti Deepavali 2023 adalah cuti umum di semua negeri kecuali Sarawak.

Perayaan Hari Deepavali pada tahun 2023 akan disambut oleh masyarakat Hindu di Malaysia pada tarikh 12 November 2023 bersamaan dengan hari Ahad.

Pesta Cahaya atau Hari Deepavali adalah salah satu daripada perayaan masyarakat Hindu yang paling popular di Malaysia dan ia disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil, iaitu antara bulan Oktober dan November.

Di Semenanjung Malaysia, perayaan ini disambut dengan agak meriah memandangkan kaum India adalah salah satu daripada tiga kaum utama di Malaysia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tarikh Cuti Deepavali 2023 yang diperuntukkan oleh Kerajaan dan sekolah KPM di Malaysia.

Isi Kandungan

Cuti Deepavali 2023 Sempena Hari Perayaan Deepavali

Cuti Deepavali 2023 atau cuti umum sempena Deepavali bagi tahun 2023 adalah pada 12 hingga 13 November 2023, iaitu hari Ahad dan Isnin.

Cuti Deepavali 2023

Tarikh Cuti Sekolah KPM & Cuti Tambahan Sempena Perayaan Deepavali 2023

Cuti Deepavali 2023 jatuh pada 12 November 2023 (Ahad). Ini bermaksud, sekolah di negeri-negeri Kumpulan B akan mendapat 1 hari cuti gantian pada hari Isnin, serta 1 hari lagi cuti tambahan pada hari Selasa.

Cuti Tambahan telah diperuntukkan oleh KPM sebanyak 1 hari seperti berikut:

  • Kumpulan A: 13 November (Isnin)
  • Kumpulan B: 14 November (Selasa)
  • Sarawak: 13 November (Isnin)

Oleh itu, tarikh rasmi cuti sekolah sempena Deepavali 2023 adalah seperti ketetapan berikut:

  • Kumpulan A: 10 – 13 November 2023 (Jumaat – Isnin)
  • Kumpulan B: 11- 14 November 2023 (Sabtu – Selasa)
  • Sarawak: 11- 13 November 2023 (Sabtu – Isnin)

Sebagai peringatan, senarai Kumpulan adalah seperti berikut.

  • Kumpulan A: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
  • Kumpulan B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Cuti Deepavali 2023

Cuti Deepavali 2023

Cuti Deepavali 2023

Kredit Sumber: Facebook Muhamad Fariez

Terkini: Pengumuman Cuti Tanpa Rekod Perayaan Deepavali 2023

Kerajaan setuju cuti tanpa rekod perayaan Deepavali dibawa ke Selasa, 14 November 2023.

Kerajaan bersetuju cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali yang jatuh pada 13 November (Isnin) akan dibawa ke 14 November (Selasa) bagi pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu di negeri-negeri yang hari kelepasan mingguannya adalah Ahad.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed berkata perkara itu tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

“Peruntukan cuti tanpa rekod adalah terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya sekiranya cuti tanpa rekod itu jatuh pada hari kelepasan am atau hari kelepasan am mingguan. Namun begitu, kerajaan pada 3 November telah bersetuju untuk memberi pengecualian bagi tahun 2023,” katanya dalam Surat Edaran: JPA.(S)800-1/1/7 JLD.4(15).

Menurut Zulkapli, perkara itu dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata mulai 2018, kerajaan telah memperuntuk cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali selama sehari iaitu pada hari berikutnya (hari kedua) kepada pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu sebagai tambahan kepada cuti umum Deepavali bagi memberi lebih ruang kepada mereka untuk menyambut perayaan itu bersama keluarga.

Peraturan ini, katanya, telah dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR 5.3.6 dan cuti tanpa rekod itu terpakai kepada semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak mengambil kira Deepavali bukan hari kelepasan am di negeri berkenaan. – BERNAMA

Cuti Deepavali 2023

Semoga perkongsian tentang Cuti Deepavali 2023 ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More