Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Temuduga Terbuka Di Malaysia Airports 2023

Temuduga Terbuka Di Malaysia Airports 2023 akan diadakan untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk menghadiri temuduga terbuka seperti ketetapan dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Temuduga Terbuka Di Malaysia Airports 2023

Maklumat lanjut tentang Temuduga Terbuka Di Malaysia Airports 2023 adalah seperti yang berikut:

Jawatan

Info Lanjut

Ahli Bomba AFRS SEMENANJUNG

  • Tarikh Temuduga: 18 November 2023 (Sabtu)
  • Masa Temuduga: 8.30 Pagi – 10.30 Pagi
  • Lokasi Temuduga: Malaysia Airports Holdings Berhad Pejabat Korporat Malaysia Airports, Persiaran Korporat KLIA, 64000 KLIA Sepang Selangor Darul Ehsan

SABAH & SARAWAK

  • Tarikh Temuduga: 25 November 2023 (Sabtu)
  • Masa Temuduga: 8.30 Pagi – 10.30 Pagi
  • Lokasi Temuduga: Balai Airport Fire and Rescue Service (AFRS), Lapangan Terbang Antarabangsa
    Kota Kinabalu, Sabah & Balai Airport Fire and Rescue Service (AFRS), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak

Faedah / Ganjaran

Faedah dan kemudahan menyertai Malaysia Airports adalah seperti berikut:

  • Gaji pokok yang menarik serta peluang kenaikan pangkat.
  • Caruman KWSP dan PERKESO.
  • Elaun sara hidup, dobi, syif, perumahan dan pengangkutan.
  • Komudahan perubatan dan pergigian.
  • Pakaian seragam dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) disediakan.
  • Cuti tahunan.
  • Bonus tahunan (mengikut kelayakan).
  • Insuran berkelompok.

Program Latihan Asas

Calon-calon yang didalam sesi temuduga ini dan lulus tapisan keselamatan oleh PDRM dikehendaki mengikuti dan lulus Latihan Asas Kebombaan selama lapan belas (18) minggu di pusat latihan yang bertauliah.

Sepanjang menjalani latihan asas, pelatih akan diberi Elaun Latihan setiap bulan, penginapan, makan dan minum disediakan secara percuma.

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan asas akan dilantik sebagai Ahli Bomba Malaysia Airports Holdings Berhad.

Syarat/Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan Temuduga Terbuka Di Malaysia Airports 2023 adalah seperti yang berikut:

  1. Warganegara Malaysia LELAKI sahaja, maklumat akan disemak dengan JPN.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun atau tidak melebihi 35 tahun pada tarikh 31 Disember 2023 bagi bekas anggota tetap ATM dan JBPM.
  3. Tidak mempunyai kesalahan penyalahgunaan dadah. Segala maklumat pemohon akan disemak dengan mahkamah dan AADK.
  4. Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  5. Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
  6. Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna. Ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9.
  7. SPM dengan Bahasa Melayu KEPUJIAN dengan empat (4) mata pelajaran LULUS termasuk Bahasa Inggeris.
  8. SVM dengan Bahasa Melayu (1104) diperingkat KEPUJIAN dengan empat (4) mata pelajaran LULUS termasuk Bahasa Inggeris setiap semester. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akademik melebihi 2.50. LULUS subjek mata pelajaran sekurang-kurangnya Gred C.
  9. Tinggi (minimum 1.60m tanpa kasut).
  10. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) antara julat 19 – 28.
  11. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  12. Calon-calon dikehendaki menjalani ujian ketahanan fizikal seperti berikut:
  • Ujian Duduk dan Jangkau.
  • Ujian Genggaman Tangan.
  • Ujian Membawa Hos RRL 30 meter.
  • Ujian Larian Ulang Alik 20 meter.
  • Ujian Klaustrofobia.

Cara Memohon

Calon-calon yang berkelayakan seperti syarat-syarat kelayakan diatas hendaklah membawa bersama dokumen asal dan salinan seperti berikut ketika menghadiri Temuduga Terbuka Di Malaysia Airports 2023.

  • Resume (biodata lengkap beserta gambar, tahap pendidikan, pengalaman kerja, lesen memandu, tinggi, berat dll).
  • Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  • Salinan dokumen Tamat Perkhidmatan bagi anggota tetap ATM dan JBPM.
  • Salinan sijil akademik dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
  • 2 keping gambar berukuran pasport yang terkini.

Kegagalan menyertakan dokumen lengkap menyebabkan permohonan anda tidak akan diterima.

Calon dikehendaki memakai pakaian sukan (t-shirt berkolar, seluar track bottom, seluar pendek, kasut sukan dan berstokin) terlebih dahulu dan membawa sepersalinan pakaian pejabat formal (kemeja lengan panjang berwarna cerah, tali leher, seluar pejabat, tali pinggang, kasut pejabat dan berstokin) sekiranya layak ke peringkat temuduga lisan.

Pemakaian jeans dan selipar adalah TIDAK DIBENARKAN. Sila hadir ke Temuduga Terbuka Di Malaysia Airports 2023 mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Temuduga Terbuka Di Malaysia Airports 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Temuduga Terbuka Di Malaysia Airports 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di LAKMNS November 2023, Jawatan Kosong Di TM November 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Temuduga Terbuka Di Malaysia Airports 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More