Cara Mohon Residensi PR1MA, Ikuti 7 Langkah Ini
Adakah Anda Tahu Proses Atau Cara Mohon Residensi PR1MA Dengan Betul?
Adakah anda merupakan warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah secara individu atau gabungan dalam lingkungan RM2,500 sehingga RM15,000?
Adakah anda ingin membeli rumah pertama atau kedua?
Jika YA, anda boleh mengikuti Cara Mohon Residensi PR1MA yang dikongsi oleh Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan betul di bawah.
Isi Kandungan
Apa Itu PR1MA?
PR1MA adalah projek perumahan mampu milik di bawah Akta PR1MA 2012.
Tujuan atau objektif program ini ditubuhkan adalah untuk merancang, membangunkan, membina dan mengekalkan perumahan bermutu tinggi untuk orang yang duduk di kawasan bandar utama, tapi berpendapatan isi rumah sederhana.
Cara Mohon Residensi PR1MA
Ikuti 7 langkah-langkah berikut untuk memohon Residensi PR1MA dengan betul.
Langkah 1: Pendaftaran
Anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Di manakah anda boleh membuat pendaftaran?
Anda boleh melayari laman web PR1MA untuk membuat pendaftaran dan mendapatkan nombor rujukan PR1MA anda.
Langkah 2: Permohonan
Langkah kedua adalah membuat permohonan. Terdapat dua permohonan iaitu
- Permohonan bagi pembangunan yang baru dilancarkan.
- Permohonan unit terhad.
Bagi permohonan pembangunan yang baru dilancarkan, anda harus terus ke aplikasi PR1MA Homes setelah mendaftar.
Bagi permohonan unit terhad pula, anda perlu terus ke permohonan PR1MA Homes setelah mendaftar. Kemudian, anda perlu menghubungi Rakan Jualan yang telah dilantik untuk memeriksa ketersediaan unit dan pertanyaan lebih lanjut.
Langkah 3: Undian
Proses pengundian terbuka dan telus hanya untuk pemohon yang telah memenuhi semua syarat.
Pengundian pula bergantung kepada perkembangan yang baru dilancarkan.
Langkah 4: Pemilihan Unit
Langkah keempat ialah pemilihan unit.
Anda akan dijemput untuk sesi Pemilihan Unit untuk memilih unit yang dikehendaki berdasarkan ketersediaan.
Ketika Pemilihan Unit, anda perlu menyediakan yuran penempahan sebanyak RM500 dalam bentuk draf bank atau cek.
Langkah 5: Permohonan Dan Kelulusan Pembiayaan
Anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan dan menyerahkan permohonan pinjaman ke Institusi Kewangan pilihan anda.
Terdapat juga beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu.
Antaranya, kelulusan pinjaman bank dijangkakan dalam masa satu bulan selepas tarikh penempahan.
Kemudian, kelulusan pinjaman kerajaan (LPPSA) dianggarkan dalam masa dua bulan dari tarikh tempahan.
Langkah 6: Perjanjian Jual Beli
Perjanjian ini akan ditandatangani oleh PR1MA yang merupakan pemaju, dan juga anda sebagai pembeli.
Langkah 7: Penyerahan Kunci / Milikan Kosong
Langkah yang terakhir adalah penyerahan kunci atau milikan kosong.
Anda akan diserahkan Residensi PR1MA selepas pembangunan selesai, Sijil Penyempurnaan dan Pematuhan (CCC), dan tunggakan bayaran (jika anda) diselesaikan.
Kredit Sumber: KPKT & Perbadanan PR1MA Malaysia
Diharapkan dengan perkongsian Cara Mohon Residensi PR1MA ini dapat membantu memudahkan permohonan anda untuk memiliki PR1MA Residensi.
Semoga perkongsian Cara Mohon Residensi PR1MA ini memberi manfaat kepada anda semua luar sana.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.