Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Dan Semakan MyKid JPN 2023

Semakan MyKid JPN 2023 kini dibuka kepada orang awam. Kepada ibu bapa yang telah membuat permohonan, status permohonan kini boleh disemak.

Berikut dikongsikan info terkini tentang cara untuk membuat permohonan dan semakan MyKid JPN 2023 serta semakan tarikh mendapatkannya daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Isi Kandungan

Apa Itu MyKid?

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

”My” membawa maksud “Malaysia” manakala ”Kid” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “.

Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  1. Aplikasi JPN (data kelahiran).
  2. Maklumat kesihatan.
  3. Maklumat pendidikan.

Antara kelebihan MyKid adalah

  • Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  • Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta.
  • Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  • Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  • Mudah dibawa kerana bersaiz kecil.
  • Bentuk cantik dan menarik.

Semakan MyKid JPN 2023

Cara Permohonan MyKid 

MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan MyKid iaitu:

  1. Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal).
  2. Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa).
    • Salinan IC bapa.
    • Salinan IC ibu.
  3. Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir.

Untuk memohon MyKid, sila ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan di senarai berikut:

>>>Direktori Cawangan JPN<<<

Cara Semakan MyKid JPN 2023

  • Untuk semakan status permohonan online MyKid JPN, sila rujuk pautan berikut:

>>>Semakan MyKid JPN 2023<<<

  • Berikut dikongsikan panduan semakan / manual pengguna untuk rujukan pengguna atau ibu bapa membuat semakan status terkini permohonan MyKid anak-anak.

Semakan MyKid JPN 2023

  • Ibu bapa boleh mengambil MyKid anak setelah status yang dipaparkan adalah seperti berikut.

    ‘Status Permohonan: MyKid sedia untuk diambil’

Semakan MyKid JPN 2023

  • Manakala bagi yang belum siap, anda akan menerima notis seperti dalam paparan seperti di bawah.

‘Status Permohonan: Permohonan sedang diproses.’

Semakan MyKid JPN 2023

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Semakan MyKid JPN 2023 ini, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di alamat seperti berikut.

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03 – 8000 8000  Faks: 03 – 8880 8288
Emel(@jpn.gov.my): pro

Diharapkan info terkini tentang Semakan MyKid JPN 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More