Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Ubi Tonyoh Musim Tengkujuh

Ini Resepi Ubi Tonyoh Yang Anda Perlu Cuba! Sangat Sedap Dihidangkan Apatah Lagi Di Musim Tengkujuh Ini!

Salah satu makanan tradisional di daerah Besut, Terengganu yang jarang boleh ditemui kerana ianya kebanyakkan akan muncul pada musim tengkujuh sahaja kerana makanan ini jika di makan dengan panas-panas pada waktu sejuk ianya sangat sedap.

Ubi tonyoh atau lebih dikenali sebagai tonyoh ubi kayu ini adalah salah satu menu tradisi pantai timur yang mempunyai campuran air nisan (gula melaka), ubi kayu rebus, kelapa muda bergaram dan gula dan beras pulut yang di goreng.

Isi Kandungan

Resepi Ubi Tonyoh Musim Tengkujuh

Hari ini admin ingin kongsikan satu resepi menarik yang jarang orang tahu walaupon orang tersebut adalah orang pantai timur sendiri.

Resepi yang ingin dikongsikan adalah Resepi Ubi Tonyoh versi Terengganu yang telah dikongsikan oleh @amazingterengganu di Facebooknya. Selamat mencuba!

Resepi Ubi Tonyoh

Bahan-Bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Ubi Tonyoh ini adalah:

  • 1 kg ubi kayu yang disagat kasar.
  • 1 cawan nisan / gula merah (200gm).
  • 1 sudu teh garam (untuk gaul bersama ubi).
  • 1 1/2 cawan kelapa parut.
  • 3/4 sudu teh garam (untuk gaul bersama kelapa parut).

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk membuat Ubi Tonyoh versi Terengganu ini adalah:

  1. Ubi kayu perlu dibersihkan dan disagat (ditonyoh) kasar. JANGAN guna sagat halus nanti tekstur kuih sama seperti ‘beke ubi’. Tekstur kuih yang kasar adalah lebih baik untuk membuat ubi tonyoh ini.
  2. Jika tiada sagat yang kasar, anda juga boleh hiris nipis-nipis memanjang sahaja. Nisan pula mestilah diracik halus (orang Terengganu kata “ricih nissang”).
  3. Gaulkan ubi dengan nisan dan garam.
  4. Kemudian kukus selama 30 minit.
  5. Satukan kelapa parut dengan garam dan gaul sebati.
  6. Kukus lagi selama 10 minit.
  7. Untuk hiasan, anda juga boleh letakkan beras pulut yang digoreng tanpa minyak di atasnya.

Resepi Ubi Tonyoh

Resepi Ubi Tonyoh

Kredit Sumber: @amazingterengganu

Kesimpulan

Resepi Ubi Tonyoh ini sangat sesuai untuk dicuba sendiri di rumah kerana ianya sangat mudah untuk disediakan.

Diharapkan perkongsian tentang Resepi Ubi Tonyoh ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi untuk mencuba hidangan yang menarik dan berlainan apatah lagi di musih tengkujuh ini.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More