5 Cara Hilangkan Senggugut Yang Berkesan Untuk Wanita
Hari ini kami akan kongsikan cara hilangkan senggugut yang mungkin boleh membantu wanita-wanita yang memerlukan dan sedang mengalaminya.
Isi Kandungan
Cara Hilangkan Senggugut
Pasti ramai wanita yang tercari-cari cara hilangkan senggugut yang boleh mengatasi atau mengurangkan kesakitan tersebut kerana mengalami senggugut teruk pastinya akan memberi mimpi ngeri bagi kebanyakan wanita, terutamanya jika ia menjejaskan aktiviti harian.
Jadi, antara cara hilangkan senggugut yang boleh dicuba oleh wanita adalah seperti berikut:
- Anda perlu berehat dan bertenang kerana ia boleh meningkatkan endorfin. Bertenang juga akan secara semula jadi dapat melawan kesakitan.
- Menggunakan mampatan haba seperti meletakkan pad panas atau botol berisi air panas (yang dibalut tuala kecil) pada bahagian belakang bagi mengurangkan kesakitan.
- Anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti ubat antiradang nonsteroid (NSAID) untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.
- Mengambil makanan tambahan dan vitamin seperti vitamin B dan magnesium juga boleh mengurangkan kekejangan haid.
- Akhir sekali, anda perlu menjaga pemakanan dan memperbanyakkan minum air dan makan buah-buahan, sayur-sayuran bersama makanan antiradang yang lain bagi mengurangkan keradangan dan kesakitan haid.
Bagi kesakitan senggugut yang teruk dan bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius, rawatan atau cara hilangkan senggugut di atas boleh cuba dilakukan di rumah tanpa pergi berjumpa doktor. Tetapi, jika anda merasai kelainan atau gejala yang serius, segeralah mendapatkan informasi dan nasihat daripada doktor yang berdekatan.
Kenapa Selalu Senggugut Setiap Kali Haid?
Antara faktor-faktor yang mungkin boleh menyebabkan senggugut selalu terjadi setiap kali haid adalah
- Kedatangan haid pertama pada usia muda iaitu sebelum umur 11 tahun.
- Berusia di bawah 30 tahun.
- Setiap bulan mengalami pengeluaran darah haid yang banyak.
- Kitaran haid yang tidak teratur.
- Mempunyai sejarah keluarga yang turut mengalami senggugut.
- Tabiat merokok.
Cadangan Ubat Yang Boleh Menghilangkan Senggugut
Berikut merupakan antara jenis-jenis ubat yang boleh dicuba oleh wanita untuk menghilangkan sakit senggugut dirumah.
Jenis Ubat | Kelebihan Dan Harga |
Salonpas Gentle To The Skin | – Salonpas merupakan antara jenama “old school” dalam semua heat patch di pasaran. – Bukan sahaja mempunyai jenis yang biasa, Salonpas juga mengeluarkan heat patch yang tidak sakit apabila dipakai di kulit perut. – Rangkaian heat patch “Gentle to the skin” ini amat sesuai dan boleh dicuba untuk anda yang ingin mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat senggugut. – Kadar harga di pasaran adalah sekitar RM14 untuk 10 patches. |
Panadol Panaflex | – Panadol juga mempunyai heat patch yang boleh digunakan untuk hilangkan sakit senggugut. – Kadar harga di pasaran adalah sekitar RM6 untuk 2 patches. |
MenstruHeat | – MenstruHeat berkebolehan untuk menahan panas hampir 12 jam ketika anda datang haid, oleh itu ia pasti dapat melegakan kesakitan senggugut. – Kadar harga di pasaran adalah sekitar RM11 untuk 1 pack. |
Ammeltz Yoko Yoko Menstrual Pain | – Salah satu jenama lain yang mendapat permintaan ramai khusus untuk wanita haid adalah Ammeltz Yoko Yoko. – Bertahan selama 8 jam sehari dan mempunyai patch yang lebih nipis dan tidak mempunyai bau minyak angin menjadikan patch ini sangat berguna dan boleh dipakai bila-bila masa. – Kadar harga di pasaran adalah bermula RM10 untuk 1 patch. |
Ammeltz Yoko Yoko | – Bukan sahaja boleh digunakan untuk sakit pinggang, bahu atau lenguh-lenguh badansahaja, Yoko Yoko juga sangat efektif dan boleh digunakan ketika sakit senggugut. – Roll sahaja di kawasan perut tanpa perlu sentuh dengan menggunakan tapak tangan. – Kadar harga di pasaran adalah bermula RM11 untuk 1 pack yang kecil. |
Menosmooth Herbal Plaster Patch | – Bukan sekadar heat patches biasa, Menosmooth Herbal Plaster juga merupakan heat patch yang mempunyai herba yang dapat melegakan sakit senggugut. – Kadar harga di pasaran adalah bermula RM6 untuk 1 pack. |
Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak lagi ubat-ubat yang boleh digunakan oleh wanita untuk menghilangkan sakit senggugut sama ada ubat moden atau ubat tradisional. Cuma yang dinyatakan diatas adalah cadangan dan antara yang terbaik untuk dicuba.
Semoga perkongsian cara hilangkan senggugut di atas bermanfaat untuk anda yang sedang mencari penyelesaiannya di luar sana!