Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MENGEJAR MALAM LAILATUL QADAR

Lailatul qadar (Bahasa Arab: لیلة القدر‎) merupakan satu malam yang khusus terjadi pada bulan Ramadan. Ayat al-Qur’an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Quran dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.

Malam ini tidak diketahui waktunya secara tepat namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, ke-23, ke-25, ke-27 atau ke-29, dan ini merupakan pandangan jumhur ulama dan umat Islam. Ada juga sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke-22, ke-24, ke-26, ke-28 atau ke-30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat waktu Lailatulqadar adalah tetap, iaitu pada malam ke-27.

Isi Kandungan

LAILATUL QADAR

Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini, lazimnya dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan.

Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu.

Antara kelebihan malam ini ialah:

~ Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan.

Imam al-Qurtubi berkata:

Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.

Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

~ Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut.

Imam Qurtubi berkata:

Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

~ Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan          hingga keluarnya fajar.

Al-Dahhaq berkata:

Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.

Sedangkan Mujahid berpendapat:

Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”

Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Ada beberapa pendapat berhubung dengan tanda atau alamat malam Lailatulqadar antaranya seperti berikut : 

  1. Pada hari dimana malam lailatul qadr akan datang, matahari bersinar tidak terlalu panas  atau cahayanya meredup sehingga cuaca pada hari itu sangat sejuk sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Rasulullah SAW
  2. Malam tersebut biasanya akan terbawa kedalam mimpi seseorang yang mengidamkan lailatul qadr. Dalam mimpinya tersebut seseorang biasanya akan merasakan malam yang berbeza dengan malam-malam yang lain
  3. Pada malam harinya tanda yang lain adalah langit malam akan nampak bersih, dan tidak nampak awan walaupun sedikit, suasana malam sangat tenang dan sunyi, tidak sejuk dan tidak juga panas. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda “Malam Lailatul Qadar itu langit bersih, udara tidak dingin atau panas, langit tidak berawan, tidak ada hujan, bintang tidak nampak dan pada siang harinya matahari bersinar tidak begitu panas.”
  4. Merasakan nikmat yang lebih saat beribadah dibandingkan dengan malam lainnya. Pada malam lailatul qadar, para malaikat turun ke bumi dan mereka memberikan rahmat serta membuat umat islam yang beribadah merasa lebih tentram dan damai.
  5. Bulan akan muncul dimalam ini dan nampak separuh.
  6. Pada malam ini angin akan berhembus dengan lembut dan membawa kesejukan bagi umat manusia
  7. Tidak turun hujan pada malam lailatul qadar meskipun sedang dalam musim tengkujuh
  8. Malam nampak sangat terang meskipun bulan hanya nampak separuh hal ini kerana pada malam lailatul qadar langit tidak menutupi awan sedikit pun.

Rahsia Menyembunyikan Lailatulqadar

Antara rahsia menyembunyikan Lailatulqadar ialah supaya menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Juga supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari Lailatulqadar, seperti disembunyikan masa yang diperkenankan doa pada hari Lailatulqadar, disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan namanya yang agung daripada segala nama serta keredhaan-Nya. Begitulah seterusnya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita Lailatulqadar yang diisi dengan amal kebajikan dengan menghidupkan malam tersebut, seterusnya melayakkan kita mendapat keampunan daripada-Nya. Amin.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More