Semakan Maidam 2023: Status Kelayakan Permohonan Zakat
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan maidam 2023 yang mungkin dicari dan diperlukan oleh rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Terengganu.
Isi Kandungan
Fungsi Dan Objektif Maidam
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) adalah sebuah organisasi yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan maslahat umat Islam di Terengganu.
Antara fungsi MAIDAM juga adalah sebagai tempat permohonan zakat bagi mereka yang layak.
Objektif MAIDAM adalah untuk
- meningkatkan kefahaman tentang kewajipan membayar zakat di kalangan orang Islam negeri Terengganu.
- pembangunan ekonomi yang lebih bersepadu dan halal dengan mengguna pakai pendekatan yang berupaya untuk membebaskan umat Islam daripada garis kefakiran, kemiskinan dan kejahilan.
- pengembangan syiar Islam di negeri Terengganu melalui peningkatan kefahaman dan dakwah islamiyyah, pengukuhan aqidah, pemurnian akhlak dan perlindungan hidup (duniawi dan ukhrawi) khususnya kepada golongan sasaran dan yang berisiko tinggi.
- peningkatan kebajikan kepada anak yatim, kanak-kanak, wanita dan warga emas yang berisiko tinggi dari pelbagai sudut, khususnya dalam kalangan fakir, miskin dan muallaf.
- pelaksanaan dan penyaluran agihan zakat dan sumber lain secara efisyen, adil dan berkesan dengan memberi keutamaan kepada asnaf-asnaf dan golongan sasaran ke arah pencapaian matlamat dan objektif MAIDAM.
- mempertingkatkan sumber pendapatan tahunan melalui projek pembangunan dan pemilikan aset untuk menjana sosio ekonomi umat Islam.
- memastikan harta-harta wakaf dan sumber am terpelihara, berkembang dan dibangunkan berlandaskan syarak.
- pembudayaan amalan berwakaf sebagai sedekah jariah di kalangan masyarakat ke arah memperkasakan sosio ekonomi umat Islam.
- membebaskan umat Islam daripada terjebak dengan amalan riba yang dimanipulasi oleh sistem pajak gadai konvensional melalui kemudahan pinjaman (mikro kredit) secara mudah dan cepat kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Semakan Maidam 2023 (Semakan Status Permohonan)
Kepada semua rakyat Terengganu, anda boleh layari portal rasmi Semakan Status Permohonan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu dan boleh memasukkan nombor kad pengenalan serta klik butang semak untuk membuat kelayakan semakan maidam 2023.
Semakan yang boleh dibuat pada portal tersebut adalah untuk
- semakan permohonan bantuan bulanan / modal perniagaan / berhutang / baiki atau bina rumah / perubatan / bencana alam.
- semakan penerima bantuan bulan Ramadhan.
- semakan bantuan masjid / surau.
Proses Permohonan Zakat
Selepas membuat semakan maidam 2023 seperti di atas, jika anda layak untuk memohon zakat dan ingin membuat permohonan, berikut adalah proses bagi permohonan anda.
Permohonan / Cadangan > Siasatan / Laporan > Pertimbangan / Keputusan > Bayaran / Makluman > Pemutihan
Carta aliran tersebut akan digunakan untuk proses pemberian bantuan zakat kepada penerima yang layak.
Golongan Penerima Bantuan Zakat
Penerima bantuan zakat Maidam mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori | Penerangan Kategori Penerima |
Miskin | Miskin adalah individu beragama Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menanggung lebih 50%, tetapi tidak mencapai 100% untuk mencukupi keperluan asasi diri dan orang-orang yang ada di bawah tanggungannya. |
Fakir | Fakir adalah individu yang tidak mempunyai harta atau pendapatan atau pun tidak mencukupi 50% untuk menanggung sara hidup walaupun mempunyai pendapatan. |
Amil | Amil adalah individu atau organisasi yang diberikan tugas untuk menjalankan kerja-kerja urusan pungutan dan agihan zakat. |
Muallaf | Muallaf adalah seseorang yang diberikan hidayah pada hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih rapuh. |
Al-Gharimin | Al-Gharimin pula adalah golongan yang berhutang untuk memenuhi sara hidup asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan jalan keluar segera yang dibenarkan oleh hukum Syarak. |
Al-Riqab | Al-Riqab adalah memerdekakan orang-orang Islam daripada dibelenggu perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi belenggu fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu. |
Fisabilillah | Fisabilillah pula adalah mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya. |
Ibnussabil | Ibnussabil adalah mana-mana individu yang berada dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum Syarak dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan seperti terputus bekalan dalam perjalanannya dan tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan, memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan atau ditinggalkan dalam perjalanan. |
Diharapkan perkongsian cara semakan maidam 2023 ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!