Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball Tidak Memiliki Pengesahan Halal

Siapa penggemar minuman Brown Sugar Bubble Tea Ball? Ha, penulis yakin mesti ramai dikalangan rakyat Malaysia yang memang gemarkan minuman ni. Penulis memang bukan sejenis manusia yang gemarkan minuman manis. Jadi, sebarang produk minuman baru sejenis dengan Brown Sugar Bubble Tea Ball ni memang penulis tak hairan.

Kadangkala, penulis ternampak juga rakan-rakan penulis yang sanggup membeli 2 gelas minuman Brown Sugar Bubble Tea Ball. Arghhhh..terasa sungguh kemanisan serta keenakan minuman ni. Tapi mengenangkan berapa jumlah gula, lebih baik penulis batalkan niat untuk cuba sedikit.

Produk ni memang sedap dan sebab itu memang ramai penggemarnya yang sanggup berbaris semata-mata untuk dapatkan minuman ni. Namun tahukah anda semua mengenai status halal Brown Sugar Bubble Tea Ball?

Sudah tentu TIDAK kan.

Berikut adalah penjelasan tentang isu Status Halal Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball. Semoga ianya dapat memberi anda semua info mengenai produk kegemaran anda ini.

Brown Sugar Bubble Tea Ball
Brown Sugar Bubble Tea Ball

Isi Kandungan

Penjelasan Isu Status Halal Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball

Pihak kami mula menerima pertanyaan berkenaan isu status halal produk Brown Sugar Bubble Tea Ball daripada para pengguna di media sosial rentetan timbul dakwaan yang menyatakan produk tersebut tidak halal.

Berdasarkan semakan pihak kami, produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal iaitu gelatin babi.

Justeru, para pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara.

Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Perlu diketahui bahawa produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf adalah dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut prosedur, peraturan jua perundangan berkaitan yang telah ditetapkan di negara masing-masing.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Kredit : FB HabHalal JAKIM

Adakah ‘pearl’ dalam minuman itu bahaya atau tidak?

Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball Tidak Memiliki Pengesahan Halal 1
Brown Sugar Bubble Tea Ball

‘Pearl’ atau sejenis sagu (boba) diperbuat daripada kanji dan bebola kecil ini tidak mempunyai sebarang nutrien lain. Cuma ia penuh dengan kandungan karbohidrat. Namun ada kes pearl ini sudah disalut dengan gula perang. Jadi kandungan pearl tadi bukan sekadar karbo sahaja tetapi tambah lagi dengan gula pula.

Selain itu jadi sikit masalah dengan bubble milk tea yang tengah viral tu adalah pada kandungan gula tambahannya.

Biasanya dalam minuman itu gula putih sudah memang sedia ada telah dimasukkan. Namun sesetengah pesanan tiba-tiba dia campur lagi pula dengan sirap, gula merah dan kadang susu pekat manis (yang bukan tinggi gula saja, tapi juga lelemak yang tidak baik). Dan ini sekaligus meningkatkan kadar gula sehingga kira-kira 90g gula dimana lagi tinggi dari Coca-Cola!

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan maksimum 5 hingga 10 sudu teh gula setiap hari. Bayangkan kalau sehari anda minum teh itu, sudah habis kouta gula anda.

Walaupun  boba ini tidak menimbulkan sebarang risiko dari segi ‘chemical’, namun kita tidak harus mengabaikan aspek kadar gula yang saya sebutkan tadi.

Jika kalian ingin nikmat juga minuman bubble tea ini dengan lebih sihat. Follow step-step mudah ini:

1. Minta bubble tea kurang gula.
2. Elakkan tambahan gula perang atau sirap dalam teh.
3. Minta teh dan manisnya dari susu segar sahaja. Kalau ada lowfat milk lagi baik. (Bukan susu pekat manis atau susu sejat)
4. Tidak masukkan topping-topping lain seperti coklat chips, pearl gula merah atau lain-lain.
5. Buatkan limitasi, sebulan berapa kali sahaja boleh minum.

Begitulah caranya. Benda ini bukan tidak boleh minum langsung. Tapi harus ada waspada dan jaga-jaga. Hari ni mungkin anda beratur panjang untuk bubble tea milk, siapa tahu esok lusa beratur pula di hospital sebab Diabites. Sudah berapa kerap anda minum air manis ni?

MENGIKUT kajian yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah pengambilan gula yang dicadangkan kepada setiap individu adalah maksimum lima hingga 10 sudu teh gula setiap hari.

Tetapi sedarkah anda, kandungan gula di dalam minuman bubble tea yang kini menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat sebenarnya sudah melebihi daripada saranan yang ditetapkan?

Di Malaysia sahaja, dianggarkan terdapat lebih 50 jenama yang menawarkan pelbagai jenis minuman bubble tea. Ya benar, ia sedap, tetapi bagaimana pula dari segi aspek kesihatan?

Menurut Pakar Pemakanan dan Pengurus Jabatan Dietetik dan Perkhidmatan Institut Jantung Negara (IJN), Mastari Mohamad, kandungan gula dalam segelas minuman bubble tea cukup membimbangkan.

Katanya, segelas minuman tersebut dianggarkan mengandungi antara lapan hingga 20 sudu teh gula.

“Jadi, itu memang sangat tinggi sebab kalau ikutkan dalam sehari, pengambilan gula untuk seorang yang normal tidak boleh melebihi 10 peratus daripada pengambilan kalori.

“Contohnya, seorang lelaki bersaiz badan sederhana seperti orang Asia, keperluan kalori mereka sebanyak 2,000 sehari. Jadi, ia (pengambilan gula diperlukan) lebih kurang 200 kalori sahaja, iaitu kira-kira 10 sudu teh,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, pada Selasa.

Jelasnya, pengambilan gula secara berlebihan boleh mengundang kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti masalah obesiti, kencing manis dan jantung.

Ujar beliau lagi, bijian pearl atau lebih dikenali sebagai boba yang dicampurkan di dalam minuman bubble tea tidak mengandungi sebarang nutrisi, melainkan kalori dan karbohidrat sahaja.

Lebih membimbangkan, kata Mastari, ia dikhuatiri mengganggu sistem penghadaman badan sekiranya pearl atau bebola hitam tersebut diambil secara berlebihan.

Pearl diperbuat daripada tepung ubi atau tepung kanji. Apabila ada tindak balas dengan makanan-makanan lain, mungkin ia menyebabkan sukar untuk dihadam.

“(Tambahan pula), jika seseorang itu tidak mengamalkan cara pemakanan yang seimbang seperti kurang minum air dan makan sayur, maka sistem pelawasan itu tidak berlaku dan seterusnya menyebabkan masalah (pearl tidak dihadam) tersebut timbul,” katanya.

Bagaimanapun, katanya terdapat cara untuk menghasilkan bubble tea yang lebih sihat.

“Jangan letak banyak gula dan kita boleh gunakan susu rendah lemak, tambah buah-buahan, fiber atau menggantikan pearl dengan biji selasih untuk menghasilkan tekstur dalam minuman.

“Ramai juga yang mengamalkan biji chia kerana selain memberikan tekstur, makanan itu mengandungi banyak antioksidan dan Omega 3 yang memberi faedah kepada kesihatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mastari turut menyeru pihak pengeluar dan penjual minuman bubble tea agar menyediakan maklumat mengenai kandungan gula dalam setiap hidangan minuman yang dijual.

“Jadi, dengan kaedah ini kita boleh berlaku adil kepada pelanggan yang mahu menikmati bubble tea. Pada masa sama, pelanggan bertanggungjawab terhadap kesihatan diri mereka,” katanya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More