Putrajaya, Kuala Lumpur Dan Selangor adakah dikira Sebagai Negeri atau Daerah
MASIH ramai lagi berada di dalam tanda tanya, sama ada Putrajaya, Kuala Lumpur Dan Selangor adakah dikira Sebagai Negeri atau Daerah yang termasuk dalam larangan perjalanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?
Malaysia Government Call Centre (MyGCC) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dikategorikan sebagai Lembah Klang.
Isi Kandungan
Kuala Lumpur Dan Selangor
Pergerakan di tiga negeri ini adalah dikira sebagai rentas daerah bukannya rentas negeri semasa PKPB.
Walaubagaimanapun, makluman berikut haruslah di baca dan di fahami dengan teliti.
Pergerakan Daerah ke Daerah dibenarkan bagi tujuan seperti berikut :
- Kerja
- Membeli keperluan harian
- Urusan Kesihatan (Temujanji Hospital/Klinik)
- Kematian
- Dan urusan lain yang munasabah yang dibenarkan oleh pihak Polis.
Dimaklumkan juga. Hanya KELUARGA sahaja dibenarkan menaiki kenderaan. Jiran atau kawan dan lain-lain tidak dibenarkan untuk menumpang.
Aktiviti Ziarah-Menziarahi untuk Perayaan Hari Raya Aidilfitri
Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ini, sudah semestinya kita semua tidak melepaskan peluang untuk menziarahi ibubapa atau keluarga yang berada di daerah yang lain.
Sekiranya anda ingin pergi ziarah hari raya di daerah lain. Anda boleh ziarah pada hari raya pertama sahaja. Kerajaan tidak mengumumkan boleh pulang ke kampung sebelum raya.
Walaubagaimanapun, aktiviti ziarah Aidifitri antara daerah dengan daerah adalah tidak digalakkan sama sekali kerana ia membabitkan jarak jauh.
Ziarah yang terbaik adalah dalam satu taman perumahan kerana kita pasti mengetahui status jangkitan Covid-19 di kawasan taman terbabit dan mudah untuk mengawal kunjungan tetamu supaya tidak terlalu ramai.
Berikut adalah maklumat yang harus dipatuhi :-
- Dihadkan pada hari raya pertama sahaja
- erhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja
- Tidak boleh melebihi 20 orang untuk satu hari tersebut. Mengikut kepada keluasan rumah.
- Sediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer), pakai pelitup muka (mask) dan penjarakan sosial.
Info Boleh Berubah dari Semasa ke Semasa
Walaupun kebenaran merentas daerah ini dibenarkan dan sudah semestinya mereka yang berasal dari kawasan Lembah Klang, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk pulang beraya.
Kita seharusnya perlu menerima hakikat bahawa sambutan Aidilfitri pada tahun ini tidak semeriah sebelum ini kerana kita sedang berdepan dengan wabak pendamik yang masih lagi belum selesai.
Adalah lebih baik anda semua berada di rumah sahaja #stayathome. Ini mungkin boleh mengurangkan risiko jangkitan kepada golongan yang berisiko tinggi iaitu ibubapa atau anak-anak kita.
Dinasihatkan supaya anda semua perlu sentiasa mematuhi peraturan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan penularan jangkitan wabak Covid-19 tidak berlaku.
Apakah Perbezaan Negeri dan Daerah
Negeri dan daerah adalah dua konsep yang berkait rapat dalam konteks pentadbiran dan geografi, tetapi mereka mempunyai perbezaan yang penting.
Negeri biasanya merujuk kepada entiti pentadbiran yang lebih besar dalam struktur pentadbiran negara. Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia, negeri merujuk kepada wilayah seperti Selangor, Perak, Johor, dan lain-lain. Setiap negeri biasanya mempunyai kerajaan negeri sendiri yang mentadbir urusan tempatan dan memiliki hak autonomi tertentu. Negeri juga sering dianggap sebagai entiti politik dan pentadbiran yang lebih besar daripada daerah.
Daerah, di sisi lain, merujuk kepada kawasan yang lebih kecil atau bahagian yang terletak di bawah pentadbiran negeri. Daerah ini biasanya merupakan unit pentadbiran yang lebih kecil daripada negeri dan bertujuan untuk memudahkan pengurusan dan penyelenggaraan kerja-kerja tempatan. Contohnya, dalam negeri tertentu, terdapat beberapa daerah seperti daerah Kuala Lumpur, daerah Petaling, dan lain-lain. Daerah ini boleh dianggap sebagai subdivision yang membantu dalam pelaksanaan dasar dan program pentadbiran negeri.
Jadi, untuk merangkum, negeri adalah entiti pentadbiran yang lebih besar dan mempunyai hak autonomi sendiri, manakala daerah adalah kawasan yang lebih kecil yang terletak di bawah pentadbiran negeri tersebut. Perbezaan saiz, skop tanggungjawab, dan tahap autonomi adalah beberapa ciri yang membezakan negeri dan daerah.