Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Anaemia: 4 Cara Atasi Pada Ibu Hamil

Hari ini kami akan kongsikan sedikit info berkaitan penyakit anaemia yang mungkin ramai lagi yang tidak tahu di luar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Anaemia?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, anaemia adalah satu keadaan di mana anda tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi di dalam tubuh anda yang boleh membawa oksigen yang mencukupi kepada tisu di seluruh badan.

  • Jumlah sel darah merah yang normal – Banyak.
  • Jumlah sel darah merah yang tidak normal – Sedikit.

Tanda-tanda sel darah merah tidak mencukupi dalam tubuh untuk membawa oksigen yang mencukupi ke seluruh badan adalah punca penyakit ini muncul.

Anaemia: 4 Cara Atasi Pada Ibu Hamil 1
Anaemia

Gejala Anaemia

Tanda-tanda yang sering berlaku antaranya adalah seperti berikut:

Anggota BadanGejala
MataMenjadi kekuningan (jaundice).
OtotKelemahan otot.
PernafasanSesak nafas.
KulitMenjadi pucat kesejukan dan kekuningan.
Otak – Selalu pengsan.
– Kerap pening kepala.
– Kurang mental fokus.
Jantung– Berdebar-debar.
– Denyutan nadi menjadi laju.
– Sakit dada.
– Sakit jantung.
Saluran DarahTekanan darah menjadi rendah.
UsusPerubahan pada warna najis.
Anaemia

Selain itu, simptom-simptom lain seperti

  • lesu dan mudah mengantuk;
  • mudah berdebar-debar;
  • rambut mudah gugur;
  • kerap pening atau pitam;
  • bentuk kuku berubah; dan
  • pucat di bibir dan kelompak mata

juga antara tanda-tanda terkena penyakit ini.

Kepada individu yang mempunyai tanda-tanda berikut, sila dapatkan rawatan perubatan dengan segera dan amalkan diet yang tinggi dengan zat besi.

Sumber Zat Besi

Antara contoh sumber zat besi adalah

  1. Kacang Soya
  2. Oatmeal
  3. Kismis
  4. Telur
  5. Kerang
  6. Ikan
  7. Roti Gandum
  8. Daging Merah
  9. Ayam
  10. Sayuran Hijau

Risiko Terkena Anaemia

Penyakit ini kebanyakkannya berisko kepada ibu mengandung. Golongan ibu mengandung yang berisiko mengalami anaemia adalah ibu mengandung yang

  • Kurang mengambil makanan kaya zat besi.
  • Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi.
  • Darah banyak keluar ketika menstruasi sebelum hamil.
  • Mengalami morning sickness yang keterlaluan.
  • Jarak antara kehamilan yang dekat.
  • Masih menyusukan anak ketika hamil lagi.

Komplikasi Kepada Ibu Mengandung

Ini adalah komplikasi atau kesan-kesan yang berkemungkinan akan berlaku kepada ibu mengandung, antaranya adalah

  1. Boleh menyebabkan keguguran atau kematian janin dalam kandungan.
  2. Mudah mendapat jangkitan.
  3. Tumpah darah semasa bersalin.
  4. Berkemungkinan bersalin awal.

Komplikasi Kepada Kandungan

Ini pula adalah komplikasi atau kesan-kesan yang berkemungkinan akan berlaku kepada bayi atau kandungan, antaranya adalah

  1. Lahir tidak cukup bulan (bayi pramatang).
  2. Bayi lemas semasa lahir.
  3. Kurang berat lahir (lahir kurang daripada 2.5 kg).
  4. Pertumbuhan bayi terbantut.

Cara Mengatasi Terkena Anaemia

Langkah pencegahan untuk menangani penyakit ini adalah individu perlu melakukan perubahan gaya hidup seperti

  1. Sentiasa mengambil makanan tinggi zat besi.
  2. Tingkatkan sumber vitamin C.
  3. Elakkan makanan yang menghalang penyerapan zat besi.
  4. Ambil hematinik setiap hari bagi wanita hamil.

Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak lagi langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk menangani penyakit ini.

Cuma yang dinyatakan diatas adalah cadangan dan antara yang sentiasa menjadi saranan kebanyakkan doktor pakar.

Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk anda semua di luar sana terutamanya untuk mereka yang belum mengetahuinya lagi sebelum ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More