Ezo Zakat Selangor: Cara Daftar & Bayar Zakat Secara Online
Berikut kami akan kongsikan tentang ezo zakat selangor yang mungkin masih ramai yang tidak tahu tentang kelebihan dan cara daftarnya.
Isi Kandungan
Apa Itu Ezo Zakat Selangor?
E-Zakat Online (EZO) adalah sebuah elektronik zakat online yang diperkenalkan sebagai platform yang menyediakan kemudahan kepada pengeluar zakat untuk
- menyemak bayaran zakat sepanjang tahun,
- mencetak penyata zakat,
- mengemas kini maklumat peribadi,
selain boleh menunaikan zakat secara terus melalui eZakat pay. Ezo zakat selangor ini adalah
- Selamat
- Mudah, Cepat Dan Jimat Masa
- Percuma
- Go Green
eZakat Pay
eZakat Pay adalah satu kaedah pembayaran zakat secara online di Lembaga Zakat Selangor Majlis Agama Islam Selangor dan merupakan satu platform transaksi kewangan secara online yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Pembayaran melalui kaedah ini adalah terbuka kepada pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Akaun Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.
Bank yang boleh membuat bayaran melalui eZakat Pay adalah
- eZakat Pay
- RHB Now
- AmOnline
- Cimb Clicks
- Perbankan Internet Bank Islam
- OCBC Online Banking
- PBeBank
- iRakyat
- Bill Payment
- Perbankan Internet HSBC
- Maybank2u
- Alliance Islamic Bank
Cara Daftar eZakat Pay
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar akaun Ezo Zakat Selangor anda!
Langkah 1 | Layari pautan daftar eZakat Pay. |
Langkah 2 | Borang pendaftaran akan terpapar. Anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan pada borang tersebut. |
Langkah 3 | Pada ruangan USER ID, masukkan user id yang anda inginkan. |
Langkah 4 | Masukkan E-mel anda yang aktif. |
Langkah 5 | Masukkan Nama Ibu anda. |
Langkah 6 | Baca Terma dan Syarat dan klik “Saya Setuju”. |
Langkah 7 | Anda akan menerima e-mel pengaktifan. Klik pautan yang diterima pada e-mel tersebut. |
Langkah 8 | Seterusnya masukkan Kata Laluan yang anda inginkan, kemudian tekan OK. |
Langkah 9 | Pendaftaran anda telah selesai. Anda sudah boleh menggunakan eZakatPay. |
Login Dan Cara Bayar Zakat Online Melalui eZakat Pay
Setelah selesai proses pendaftaran di atas, sekarang anda boleh login akaun eZakat Pay anda. Berikut adalah cara login:
- Layari pautan daftar eZakat Pay.
- Masukkan User ID yang telah didaftarkan.
- Masukkan Kata Lalaun yang telah didaftarkan.
- Tekan Login.
- Anda telah berjaya login ke akaun eZakat Pay anda.
Untuk membayar zakat online menggunakan eZakat Pay pula, berikut adalah caranya
- Login akaun eZakat Pay anda.
- Pada ruangan “Isi Maklumat Bayaran”, isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan tersebut.
- Pada ruangan “Pilih Kaedah Bayaran”, anda dikehendaki memilih cara bayaran yang anda inginkan.
- Pada ruangan “Pilih Bank”, pilih bank yang anda ingikan untuk selesai proses pembayaran.
- Pada ruangan “Resit Bayaran Zakat”, anda boleh muat turun resit bayaran zakat.
Selepas membuat pembayaran, anda boleh membuat semakan bayaran dan penyata zakat untuk rekod dengan mengaksesnya pada Sistem eZakat Online.
Kelebihan Daftar Ezo Zakat Selangor
Antara kelebihan yang anda boleh dapat jika mendaftar eZakat secara online ini adalah
- Anda boleh menyemak maklumat bayaran zakat bila-bila masa sahaja.
- Anda boleh mencetak penyata bayaran zakat di hujung jari sahaja tanpa ke kaunter bayaran zakat.
- Anda bebas mengemaskini profil individu.
- Boleh terus tunaikan zakat menggunakan eZakat Pay.
Tunaikan Zakat Anda!
Tunaikan zakat anda selepas pengeluaran KWSP, sebagai tanggungjawap menyempurnakan rukun islam yang ketiga.
Untuk makluman dan peringatan bersama, sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna),
- 2.5% dari jumlah pengeluaran wang KWSP adalah jumlah wajib zakat (bagi mereka yang layak membayar zakat pendapatan). Jumlah pengeluaran tidak mengira sama ada mencapai nisab.
- Jika jumlah pengeluaran wang KWSP di bawah nisab, maka hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain (bagi mereka yang tidak layak membayar zakat pendapatan).
Manakala, jika setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna),
- 2.5% atas keseluruhan wang KWSP wajib dizakatkan, cara kiraan adalah mengikut kaedah kiraan zakat wang simpanan.
Justeru, marilah kita semua menunaikan zakat dengan mudah hanya di hujung jari sahaja.
Diharapkan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!