Cara Masak Daging Lembut di Makan, WAJIB Potong Arah Betul
Isi Kandungan
Cara Masak Daging Lembut di Makan, WAJIB Potong Arah Betul
DAGING adalah antara bahan mentah yang sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan yang sedap dimakan antaranya rendang, masak kicap dan pelbagai lagi.
Lebih-lebih lagi di dalam musim perayaan ini. Sudah tentu rendang daging yang menjadi pilihan untuk dimasak untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.
Bagi menjadikan masakan berdaging itu lebih sedap dah mudah dimakan, tentulah tekstur daging itu terlebih dahulu diambil kira. Mesti kurang enak rasanya apabila mengunyah daging yang liat dan tersangkut di gigi.
Jadi bagaimana mahu memastikan daging yang kita guna dalam masakan tidak liat dan lembut dimakan?
Apakah yang dimaksudkan dengan potong lawan urat ini? Betul ke boleh menjadikan daging itu lembut?
Sememangnya, ada juga benarnya dengan petua yang turun-temurun sering disampaikan ini. Dalam dunia kulinari, potong lawan urat dengan potong ikut urat ini memang diamalkan dan bergantung kepada jenis masakan yang ingin disediakan.
Potong Ikut Urat VS Potong Lawan Urat
Urat ataupun istilahnya di dalam bahasa Inggeris, ‘grain’ merujuk kepada arah fiber otot pada daging. Cara paling mudah untuk mengenal arah urat ini adalah dengan melihat sendiri urat pada daging tersebut. Anda akan dapat melihat urat tersebut dengan jelas dan dapat menentukan bagaimana daging tersebut mahu dipotong.
Dari cara pemotongan daging dibuat, ia menjadikan tekstur daging berbeza dan potongan ini juga boleh mengikut kesuaian dengan jenis masakan yang kita hendak masak.
- potong ikut urat (Slicing WITH the grain) – tekstur daging yang liat, kenyal dan lebih kukuh
- potong lawan urat (Slicing AGAINST the grain) – tekstur daging yang kurang kenyal dan lebih lembut
Apabila tekstur daging yang dipotong secara ikut urat ia menghasilkan tekstur daging yang liat dan lebih kukuh.
Apabila tekstur daging yang dipotong secara lawan urat ia akan menjadikan otot-otot daging lebih kemas dan mudah diceraikan seperti gambar di bawah.
Semoga dengan tips-tips yang diberikan ini dapat membantu dan memudahkan anda untuk memotong daging mengikut kesukaan selera sendiri atau kesuaian jenis masakan yang anda.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Jerkyholic