Rombakan Kabinet Kerajaan MADANI 2023
Terkini 12 Disember 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tentang rombakan Kabinet bagi tahun 2023.
Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut berkaitan pengumuman yang telah dibuat pada pukul 11 pagi tadi.
Isi Kandungan
Rombakan Kabinet Kerajaan MADANI
Hari ini adalah disifatkan sebagai ‘hari besar’ negara dan menoktahkan segala spekulasi yang berlegar-legar sejak Julai lalu.
Seluruh rakyat Malaysia pasti menantikan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan rombakan Kabinet pimpinannya, setahun selepas Kerajaan Perpaduan menerajui negara.
Difahamkan, rombakan Kabinet ini dibuat adalah berdasarkan penyesuaian dan keperluan semasa bidang-bidang yang terlibat.
Menurut Anwar, sistem perolehan untuk pasukan keselamatan negara perlu dirombak agar lebih telus. Pasukan khas juga akan diwujudkan bagi mempercepatkan kelulusan perolehan untuk pasukan keselamatan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan bahawa akan ada sedikit pertambahan jumlah Jemaah Menteri berbanding sebelum ini yang berjumlah 27 orang. Namun difahamkan bahawa jumlahnya adalah tetap lebih kecil berbanding kerajaan sebelum ini.
Senarai Terkini Jemaah Menteri Baru
Rombakan Kabinet kerajaan MADANI ini adalah melibatkan senarai jemaah menteri yang baru dan menteri yang dikekalkan.
Senarai Menteri & Timbalan Menteri Kerajaan MADANI
Antara senarai jemaah menteri yang dikekalkan adalah seperti berikut:
- Perdana Menteri & Menteri Kewangan – Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Menteri Ekonomi – Mohd Rafizi Bin Ramli
- Menteri Dalam Negeri – Saifuddin Nasution Bin Ismail
- Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi – Chang Lih Kang
- Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam – Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
- Menteri Komunikasi – Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil
- Menteri Pendidikan – Fadhlina Binti Sidek
- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) – Dr. Zaliha Binti Mustafa
- Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam – Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir
- Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup – Fuziah Binti Salleh
- Timbalan Menteri Perpaduan – Saraswathy Kandasami
- Timbalan Menteri Belia Dan Sukan – Adam Adli Bin Abd Halim
- Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi – Mustapha @ Mohd Yunus Bin Sakmud
- Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi – Ramanan Ramakrishnan
Senarai Menteri & Timbalan Menteri Baru Kerajaan MADANI
Berikut adalah senarai jemaah menteri yang baru selepas rombakan Kabinet 2023 dan yang telah dilantik pada pukul 11 pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan | Dilantik sebagai Menteri Kewangan II. |
Mohamad Hasan | Dilantik sebagai Menteri Luar. |
Fadillah Yusof | Kekal Timbalan Perdana Menteri, pegang portfolio Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam. |
Fahmi Fadzil | Dilantik sebagai Menteri Komunikasi. |
Teo Nie Ching | Dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi. |
Datuk Khaled Nordin | Dilantik sebagai Menteri Pertahanan. |
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad | Dilantik sebagai Menteri Kesihatan. |
Zambry Abdul Kadir | Dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi. |
Datuk Seri Johari Abdul Ghani | Dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi. |
Dr Zaliha Mustafa | Dilantik sebagai Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan). |
Armizan Mohd Ali | Dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. |
Datuk Seri Noraini Ahmad | Dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. |
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib | Dilantik sebagai Timbalan Menteri Ekonomi. |
Nik Nazmi | Dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. |
Terdapat juga kementerian baharu, pecahan KKD iaitu
- Gobind Singh Deo dilantik sebagai Menteri Digital.
- Datuk Ugak Anak Kumbong dilantik sebagai Timbalan Menteri Digital.
Selain itu, Sivakumar digugur sebagai Menteri Sumber Manusia dan kini digalas oleh seorang lagi wakil daripada DAP Steven Sim yang sebelum ini adalah Timbalan Menteri Kewangan.
Istiadat Angkat Sumpah
Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan akan berlangsung pada 2.30 petang ini di Istana Negara. Menurut sumber, turut berlangsung adalah Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan.
Pada 1 Disember 2023 lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini dan ketika ini, terdapat kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.