Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Jenama Air Mineral Terbaik Di Malaysia

Berikut kami kongsikan dengan anda semua tentang fakta air mineral yang mungkin ramai masih tidak tahu!

Isi Kandungan

Apa Itu Air Mineral?

Air mineral adalah air yang mengandung mineral atau bahan-bahan larut lain yang mengubah rasa atau memberi nilai-nilai terapi.

10 Jenama Air Mineral Terbaik Di Malaysia 1
Air Mineral

Perbezaan Air Mineral Dan Air Minuman

Perbezaan antara air semula jadi ini dan air minuman berbungkus adalah

Air MineralAir Minuman
Kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerakan dan lain-lain jalan keluar. Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Semua punca air yang selamat seperti dari sistem bekalan air awam atau air paip, air permukaan (kolam, sungai, tasik) dan air tanah (telaga tiub, mata air). Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tidak boleh diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral.Boleh mengandungi tambahan garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida.
Dibenarkan.Dibenarkan.

Pelbagai Jenama & Jenis Air Mineral

Sebenarnya banyak jenis air mineral yang terdapat di Malaysia. Kami kongsikan kepada anda 10 jenama yang terbaik setakat ini antaranya adalah

  1. Spritzer Natural Mineral Water
  2. F&N Ice Mountain Mineral Water
  3. Desa Mineral Water
  4. Cactus Mineral Water
  5. Bleu Natural Mineral Water
  6. Dasani Mineral Water
  7. SeaMaster Drinking Water Mineral Water
  8. Evian Natural Mineral Water
  9. MOMA Mineral Water
  10. Volvic Mineral Water

Perbezaan Jenis Penutup Botol Air Mineral

Disebabkan terdapat banyak jenis air mineral di Malaysia, sudah tentu pasti ia ada perbezaan. Perbezaan warna penutup botol juga mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Berikut adalah perbezaannya.

Penutup Botol Warna Putih merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan serta ditambah bahan kimia. Keaslian air semula jadi itu sudah tiada. Oleh sebab itu, air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau drinking water. Harganya juga lebih murah daripada air mineral penutup biru dan penutup hijau.
Penutup Botol Warna Biru merupakan air yang diperoleh dari sumber air bawah tanah dan di pam naik untuk menjalani proses penyulingan sebelum dibotolkan. Baru boleh dilabelkan sebagai air yang asli. Harganya juga tidak terlalu mahal.
Penutup Botol Warna Hijau merupakan air mineral semula jadi. Air ini diambil khas dari dalam tanah di kawasan tertentu yang diperakui mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi. Air penutup botol warna hijau ini adalah gred A+. Harganya adalah terpaling mahal antara ketiga-tiga jenis ini.
Air Mineral

Kelebihan Air Mineral Untuk Kesihatan

Kami kongsikan 12 kelebihan air mineral untuk kesihatan iaitu

  • Sumber magnesium.
  • Menstabilkan tekanan darah.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Menguatkan tulang.
  • Sistem pencernaan lebih sihat.
  • Mengurangkan lemak badan.
  • Kurangkan risiko sakit jantung.
  • Mengurangkan asid perut.
  • Tubuh badan lebih cerdas.
  • Mental lebih cerdas.
  • Kulit lebih cantik dan sihat.
  • Rambut lebih sihat dan kuat.

Tanda Kurang Minum Air

Seterusnya, 8 tanda kurang minum air akan menyebabkan anda

  1. Cepat letih.
  2. Penuaan (tua) pramatang.
  3. Kerap sakit atau pening kepala.
  4. Rasa cemas (anxiety).
  5. Loya.
  6. Mata berair.
  7. Air kencing menjadi pekat.
  8. Bibir kering.

Cabaran Minum Air 30 Hari

Kami kongsikan juga cabaran dan cadangan untuk anda lakukan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari selama 30 hari dengan mengikut turutan masa berikut:

  • Selepas Bangun Tidur
  • 30 Minit Sebelum Sarapan Pagi
  • 1 Jam Selepas Sarapan Pagi
  • 30 Minit Sebelum Makan Tengah Hari
  • 1 Jam Selepas Makan Tengah Hari
  • Semasa Minum Petang
  • 30 Minit Sebelum Makan Malam
  • Sebelum Masuk Tidur

Selain itu, Kajian Sains mendapati

  • 1 gelas air di minum sebaik sahaja bangun daripada tidur, ia dapat membantu pengaktifan organ dalaman manusia.
  • 1 gelas air di minum selepas mandi, ia dapat membantu mengurangkan tekanan darah rendah.
  • 1 gelas air di minum sebelum makan, ia dapat membantu sistem penghadaman manusia.
  • 1 gelas air di ambil sebelum tidur, ia mampu mengelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam.

Justeru, mampukah anda? Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More