Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RENTAS NEGERI? Padah Langgar Larangan Rentas Negeri

Kelonggaran PKPB hanya diberikan untuk merentas di dalam daerah sahaja.

Walaubagaimanapun, setelah semakan dibuat , ramai telah terlepas, mengambil kesempatan  melanggar larangan rentas negeri dengan tujuan untuk beraya di kampung halaman masing-masing.

Rentas Negeri

KUALA LUMPUR – Mereka yang terperangkap di kampung sewaktu musim perayaan ini akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini mungkin tidak senang duduk malah dalam dilema membuat pilihan.

Ini berikutan laporan media yang memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan sebagai berkata, pekerja swasta yang terlibat dengan kesalahan itu boleh dibuang kerja jika tidak kembali bertugas ke pejabat selama lebih dua hari berturut-turut.

Bagi penjawat awam pula, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dilaporkan berkata mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung, akibat melanggar larangan rentas negeri.

Jika tidak balik bekerja, boleh dikenakan tindakan tatatertib, atau lagi teruk boleh hilang kerja, tetapi jika mahu balik bekerja, akan ‘kantoi’ kerana melanggar PKPB, malah terpaksa membayar kompaun pula.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berkata, mana-mana pihak yang sudah pulang ke kampung sempena cuti perayaan dinasihatkan untuk tidak takut dengan kompaun dan tindakan undang-undang.

Beliau berkata, mereka perlu pulang atau berdepan risiko hilang pekerjaan, namun tindakan yang bakal dikenakan terpulang kepada polis memandangkan sekatan jalan raya akan terus dikekalkan.

Jadi pilihan terletak di tangan anda, berani buat beranilah tanggung.

Semalam, kes positif Covid-19 terus merekodkan peningkatan iaitu sebanyak 187 kes baharu, setelah kembali melonjak kepada tiga digit pada hari sebelumnya dengan sebahagian besarnya membabitkan individu bukan warganegara.

Dengan kemunculan satu persatu kluster baharu, perjuangan menentang virus pembunuh tidak kelihatan ini nampaknya masih belum sampai ke penghujungnya sekali gus menuntut komitmen penuh dan jitu bukan sahaja barisan hadapan, tapi juga rakyat Malaysia.

Seperti kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab memikul tugas membendung penularan wabak Covid-19 untuk memberi peluang petugas barisan hadapan ‘berehat’.

Patuhilah prosedur operasi standard, kita mampu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Seharusnya perkara ini tidak akan berlaku sekiranya masing-masing membuang sikap pentingkan diri dan lebih mengikuti nafsu untuk pulang beraya tanpa memikirkan risiko yang akan diterima.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!

sumber : BERNAMA

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More