Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jerawat Musuh Semua! Ini Puncanya.

MUNGKIN ada diantara anda di luar sana lebih-lebih lagi kaum wanita mengalami masalah jerawat walaupun sepanjang tempoh PKPB ini tidak keluar rumah atau terdedah dengan persekitaran luar.

Perasaan tertekan dan kurang keyakinan diri akan dihadapi oleh mereka yang mengalaminya .

Isi Kandungan

 

Apakah itu jerawat?

Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit.  Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah kulit ini boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang  teruk.  Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan ‘cyst’ adalah di antara masalah kulit ini yang paling biasa.

4 Punca Pembentukan Jerawat

1. Tidak membersihkan wajah secara betul dan teratur

Apabila telah selesa duduk di rumah sahaja, pasti anda merasakan tiada keperluan untuk menitikberatkan soal kebersihan wajah.

Ini akan mengakibatkan punca pimple mudah muncul akibat pertambahan sel-sel kulit mati.

Oleh itu, sila teruskan rutin mencuci wajah seperti biasa menggunakan produk yang sesuai dengan anda.

2. Tekanan

Terkurung di dalam rumah untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan seseorang itu berasa tertekan tambahan pula dengan keadaan ekonomi dan pekerjaan yang tidak menentu .

Disebabkan rangsangan kelenjar adrenalin ini, ia melepaskan kortisol dan hormon steriod yang mengakibatkan pimple lebih mudah tumbuh. 

Kortisol ini akan meransang dan menghasilkan sebum yang menyebabkan kulit kita menjadi berminyak dan akhirnya pertumbuhan jerawat berlaku.

3.  Amalan pemakanan tidak sihat

Pengambilan makanan yang tidak sihat contohnya makanan berminyak, makanan mempunyai garam dan gula berlebihan sememangnya boleh menyebabkan masalah kesihatan lain juga mengalakkan pertumbuhan jerawat.

Tidak salah untuk menikmati makanan anda, tetapi dinasihatkan mengamalkan pola makanan yang lebih sihat dan kawal pemakanan anda terutamanya juadah yang berasaskan tenusu dan berminyak ia boleh meningkatkan hormon dan mengeluarkan jerawat.

4. Tabiat memicit jerawat

Apabila jerawat sudah memenuhi muka, elakkan dari memicitnya kerana ia boleh menyebabkan radangan pada kulit yang mengakibatkan lebih banyak lagi jerawat akan tumbuh.

Tips-tips mengelakkan dari pembentukan jerawat

Amalan penjagaan kebersihan wajah perlu dilakukan, ia bertujuan  untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.

Berikut adalah tips-tips penjagaan wajah yang disyorkan untuk mengelakkan pembentukan jerawat.

  • Cuci muka dua kali sehari dengan sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam.  Ini bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati.
  • Dicadangkan juga untuk mencuci kulit muka tanpa sabun pencuci sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai alternatif tambahan kepada rutin cucian muka tanpa menggunakan sabun pencuci muka.
  • Elakkan mencuci dan menggosok  kulit muka dengan kuat kerana ia akan menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk.  Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
  • Scrub wajah anda 1 – 2 kali seminggu. Sila gunakan scrub yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
  • Anda digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas mencuci muka.  Ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
  • Dilarang untuk memicit jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda.  Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut.  Ia bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan.
  • Mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika terkena cahaya matahari secara berterusan, walaupun  terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit.  Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda.
  • Janganlah kerap menukar produk penjagaan wajah kerana ia mungkin boleh menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit sekiranya produk tersebut tidak sesuai dengan anda.

Sumber : Wikipedia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More