Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MAKKAH AKAN DIBUKA SEMULA 31 MEI INI

Makkah bakal di buka? Wabak penyakit menjadi kebimbangan mengenai haji oleh semua umat Islam yang terutama jemaah yang datang dari seluruh dunia. Wabak terawal yang tercatat semasa 632 di mana jemaah menentang malaria sementara wabak kolera pada tahun 1,821 membunuh kira-kira 20,000 jemaah haji.

Satu lagi wabak kolera menular pada tahun 1865 dan membunuh 15,000 jemaah haji yang kemudian tersebar di seluruh dunia. Arab Saudi turut dilanda bencana koronavirus ketika wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) tular. Kurangnya langkah awal pencegahan menyebabkan virus itu membunuh beberapa ratus orang dan merebak di rantau ini.

Kerajaan Arab Saudi sendiri meningkatkan langkah-langkah kesihatan masyarakat pada 2012 dan 2013, walaupun tidak ada wabak yang dilaporkan.

Hari ini, Arab Saudi mengumumkan dua fasa pelan penyesuaian membabitkan kota suci Makkah hari ini bagi melonggarkan sekatan berikutan penularan COVID-19 dan membolehkan penduduknya kembali kepada kehidupan biasa.

Makkah Bakal di Buka

Menurut Kementerian Dalam Negeri, fasa pertama akan bermula 31 Mei ini dan prosedur keluar masuk ke Makkah dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 3 petang.

Selain itu, solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram akan diteruskan dengan mengikut langkah keselamatan sedia ada.

Sementara itu, fasa kedua akan bermula pada 21 Jun, iaitu penduduk di Makkah akan dibenarkan berada di tempat awam sekitar 6 pagi hingga 8 malam.

Kenyataan itu turut memaklumkan perniagaan seperti kafe dan kedai gunting rambut masih diarahkan tutup, manakala majlis perkahwinan serta pengebumian hanya boleh dihadiri maksimum 50 orang.

Sebelum ini,  Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.

“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah.

“Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat.

“Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.

Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.

Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.

Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.

Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.

Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai.

Haji ialah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi. Semoga dengan pengumuman ini umat islam akan berasa lega mendengar berita bahawa Makkah di buka semula untuk umat islam melalukan ibadah. Sama-samalah kita berdoa semoga virus covid-19 ini segera hilang agar kita dapat melalui kehidupan seperti biasa.

Sumber : berita harian , awani

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More