3 Teknik Sunat / Berkhatan
Berikut dikongsikan sedikit info tentang sunat atau berkhatan yang mungkin ramai lagi terutamanya para lelaki serta ibu bapa di luar sana yang tidak tahu.
Isi Kandungan
Apa Itu Sunat / Berkhatan?
Berkhatan atau bersunat merupakan satu pembedahan kecil untuk membuang lebihan kulit di penis atau zakar bagi lelaki.
Kebiasaannya ia dilakukan atas dasar keagamaan, kesihatan atau kebersihan.
Kaedah-Kaedah Berkhatan
Terdapat 3 kaedah sunat atau berkhatan iaitu
- Laser – Menggunakan teknologi “diathermy” yang memotong lebihan kulit menggunakan pemanas elektrik. Teknik ini sering diguna pakai oleh doktor dan pakar-pakar. Teknik ini menghasilkan potongan yang lebih cantik dan rapi, mengurangkan risiko terjadi pendarahan kerana saluran darah kecil akan terus dibakar oleh laser, dan mengurangkan jahitan. Kaedah ini mengakibatkan luka menjadi cepat sembuh.
- Clamp – Clamp atau smartclamp adalah sejenis teknik yang memasang alat dan akan dibiarkan menggantung di penis sehingga luka mengering. Teknik ini dapat mengurangkan pendarahan dan jahitan. Penjagaan oleh ibu bapa selepas pembedahan adalah mudah. Menggunakan teknik ini boleh menyebabkan risiko terkena infeksi di sekitar alat. Alat mudah tercabut jika tidak dipasang sempurna dan perlu datang semula ke hospital utk membuka clamp.
- Pembedahan Konvensional – Lebihan kulit akan dipotong menggunakan pisau bedah dan bius akan dilakukan sebelum pembedahan. Pembedahan akan dilakukan oleh doktor dengan teliti sehingga risiko untuk tersalah bedah adalah sangat kurang. Jika teknik ini dilakukan oleh orang yang belum mahir, akan meningkatnya risiko pendarahan yang banyak. Proses pembedahan kebiasaannya lama berbanding teknik-teknik yang lain dan penjagaannya perlu lebih lama dan lebih teliti.
Persediaan Sebelum Berkhatan
Pesakit perlu membuat persediaan sebelum berkhatan atau bersunat. Antara persediaannya adalah seperti berikut:
- Jangan minum alkohol sekurang-kurangnya 24 jam sebelum bersunat kerana ia akan menggangu ubat-ubatan yang akan diberikan oleh doktor.
- Cukur atau gunting bulu pada kawasan kemaluan untuk memudahkan penjagaan kebersihan kawasan luka.
- Pakai seluar yang longgar seperti seluar trek ketika bersunat untuk mendapatkan keselesaan dan memudahkan proses.
Komplikasi Berkhatan
Antara komplikasi yang akan berlaku apabila berkhatan adalah
- Berlaku pendarahan. Jika pendarahan berlaku lakukan gentle compression. Jika pendarahan berterusan, dapatkan rawatan doktor untuk mencari dan menghentikan pendarahan tersebut.
- Jangkitan kuman boleh berlaku. Pastikan tempat pembedahan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman. Jika ia berlaku, sila dapatkan rawatan doktor segera.
- Kecederaan pada penis. Ini mesti dielakkan dengan melakukan prosedur dengan cermat. Sebarang kecederaan perlu dirawat dengan segera.
- Masalah kencing. Jika pesakit menghadapi masalah kencing selepas berkhatan, ia juga perlu mendapatkan rawatan doktor segera.
Jenis-Jenis Luka
Menurut Public Health Malaysia, berikut dikongsikan jenis-jenis luka selepas berkhatan yang semua perlu tahu iaitu
- Gelembung pelampung muncul kerana cairan darah putih susut 1 hingga 3 minggu.
- Keropeng pada tempat jahit tunggu kering dan tanggal.
- Untuk yang buta, luka keropeng menjadi tebal dan besar. Bersihkan luka dan keringkan seperti biasa.
- Keropeng pada bahagian kepala zakar kerana proses penyembuhan akibat kulit melekat yang dilepaskan.
- Bercampur lapisan keropeng hitam, coklat, putih kuning (bukan nanah). Bersihkan dan keringkan. Apabila betul-betul sembuh, tanggalkan keropeng.
Tips Penjagaan Luka
Pengetahuan dalam melakukan tahap perawatan dan penjagaan ini akan dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
Jika ia tidak dilakukan dengan baik dan betul, ia boleh melambatkan proses penyembuhan.
Rehat yang cukup | Selepas bersunat adalah penting untuk pesakit mendapatkan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya 3 hari sebelum bertugas semula seperti biasa. Banyak berjalan sejurus selepas sunat boleh menyebabkan bengkak pada kawasan luka. |
Makan ubat | Pesakit akan diberi ubat penahan sakit, antibiotik (pembunuh kuman), ubat bengkak untuk dimakan dan krim antibiotik untuk disapu. Sila makan ubat tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan supaya luka tersebut cepat sembuh dan jangkitan boleh dielakkan. |
Cuci luka | Cuci luka sewaktu mandi, dua kali sehari dengan cecair antiseptik seperti Dettol. Selepas cuci, lapkan luka dengan tisu atau kain yang kering dan bersih. Sapukan krim antiseptik yang diberikan untuk mengelakkan dari jangkitan kuman. |
Pantang makan | Adalah bagus sekiranya anda dapat berpantang makan. Makanan yang ‘gatal’ seperti makanan laut, daging merah, telur dan apa-apa juga yang pesakit ‘alergik’ adalah tidak digalakkan untuk diambil sewaktu penjagaan luka. |
Jangan cabut benang | Benang jahitan luka sunat akan putus selepas 10 hingga 14 hari. Jangan gunting atau putuskan benang luka sunat terlalu awal, kerana ia akan menyebabkan luka sunat tidak dapat melekat dan sembuh sempurna. |
Makanan yang disyorkan | Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, ikan haruan adalah bagus untuk penyembuhan luka. Jika tidak mahu membeli dan menyiang ikan haruan yang hidup, anda boleh dapatkan pati ikan haruan daripada farmasi. Pati ayam juga bagus untuk diambil. |
Cecair kuning di kepala | Jika pesakit mengalami phimosis (glans penis melekat dengan kulup), pesakit mungkin akan mendapati ada cecair kuning jernih dan keruping terbentuk di kepala dan kawasan luka. Perkara ini adalah normal kerana ia bukan nanah dan akan tanggal sendiri selepas beberapa hari. |
Rasa ngilu / sensitif | Adalah agak normal untuk pesakit berasa ngilu atau sensitif apabila kepala glans penis pesakit bergesel dengan seluar dalam yang dipakai pada awalnya. Rasa tersebut akan hilang selepas beberapa minggu, apabila glans kepala sudah terbiasa. |
Kelebihan & Manfaat Berkhatan
Manfaat untuk kesihatan jika berkhatan adalah
- Dapat mengurangkan kadar sesetengah penyakit kelamin.
- Hujung zakar mudah dibersihkan.
- Risiko kanser zakar semakin berkurang.
- Dapat mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI).
- Mencegah balanitis (radang kepala zakar) & balanoposthitis (radang kepala zakar & kulup).