Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Cuti Sekolah 2024: Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025

Berikut dikongsikan tarikh cuti sekolah 2024 yang lebih terperinci untuk makluman dan rujukan semua ibu bapa, pelajar dan guru-guru.

Isi Kandungan

Tarikh Cuti Sekolah 2024

Susulan pandemik yang telah melanda Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menunda tarikh persekolahan bagi sesi 2022/2023 ke penggal 3.

Justeru, terdapat sedikit perubahan pada takwim persekolahan yang kebiasaanya bermula pada awal tahun. Cuti akhir tahun kini dipendekkan dan terdapat pada bulan Disember dan bulan Februari hingga Mac.

Kalendar Akademik Sesi 2024/2025

Untuk makluman, sesi persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 akan bermula pada 10 dan 11 Mac 2024. Justeru, berikut dilampirkan Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2024/2025 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Sekolah-sekolah kumpulan A terdiri daripada negeri

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu

Sekolah-sekolah kumpulan B pula terdiri daripada negeri

  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Kumpulan A

Bagi Kumpulan A (sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), sesi persekolahan sesi 2024/2025 adalah bermula 10 Mac 2024.

Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 daripada KPM yang lebih terperinci boleh dirujuk dalam Lampiran A di bawah.

Tarikh Cuti Sekolah 2024: Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 1
Cuti Sekolah 2024

Kumpulan B

Manakala, bagi Kumpulan B (sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) pula adalah bermula 11 Mac 2024.

Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 daripada KPM yang lebih terperinci boleh dirujuk dalam Lampiran B di bawah.

Tarikh Cuti Sekolah 2024: Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 2
Cuti Sekolah 2024

Tarikh Sesi Persekolahan & Cuti Penggal Sesi 2024/2025

Jadual berikut adalah tarikh yang lebih terperinci untuk takwim persekolahan keseluruhan bagi sesi 2024/2025.

Sesi Persekolahan Penggal 110 Mac 2024 – 31 Mac 2024
1 April 2024 – 30 April 2024
1 Mei 2024 – 23 Mei 2024
Cuti Penggal 124 Mei – 2 Jun 2023 [Jumlah Hari Cuti: 10]
Sesi Persekolahan Penggal 23 Jun 2024 – 30 June 2024
1 Julai 2024 – 31 Julai 2024
1 Ogos 2024 – 31 Ogos 2024
1 September 2024 – 12 September 2024
Cuti Penggal 213 September 2024 – 21 September 2024 [Jumlah Hari Cuti: 9]
Sesi Persekolahan Penggal 322 September 2024 – 30 Disember 2024
1 Oktober 2024 – 31 Oktober 2024
1 November 2024 – 30 November 2024
1 Disember 2024 – 19 Disember 2024
Cuti Penggal 321 Disember 2024 – 29 Disember 2024 [Jumlah Hari Cuti: 9]
Sambungan Sesi Persekolahan Penggal 331 Disember 2024 – 31 Disember 2024
1 Januari 2025 – 17 Januari 2025
Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/202518 Januari 2025 – 16 Februari 2025
Cuti Sekolah 2024

Cuti Perayaan Sesi 2024/2025

Untuk makluman, cuti perayaan sesi 2024/2025 yang dinyatakan dibawah adalah tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM.

Cuti PerayaanKumpulan AKumpulan BCatatan
Hari Raya Aidilfitri
10 April 2024 (Rabu) dan 11 April 2024 (Khamis)
7 April 2024 (Ahad), 8 April 2024 (Isnin) dan 9 April 2024 (Selasa)8 April 2024 (Isnin), 9 April 2024 (Selasa) dan 12 April 2024 (Jumaat)Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B
Hari Deepavali
31 Oktober 2024 (Khamis)
(kecuali Negeri Sarawak)
30 Oktober 2024 (Rabu)30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat)
Semua Negeri Kumpulan B kecuali Negeri Sarawak
Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B
Hari Deepavali
31 Oktober 2024 (Khamis)
31 Oktober 2024 (Khamis)
Negeri Sarawak sahaja
Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM
Cuti Sekolah 2024

Catatan Tambahan

  1. Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja): 30 & 31 Mei 2024 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2024/2025)
  2. Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 01 & 02 Jun 2024 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2024/2025)
  3. Perayaan Hari Krismas: 25 Disember 2024 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2024/2025)
  4. Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2024: 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024)
  5. Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025: 29 & 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025)

Semoga perkongsian tarikh cuti sekolah 2024 ini bermanfaat untuk rujukan utama semua ibu bapa, pelajar dan guru-guru di luar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More