Program Daya Kerjaya 2.0: Insentif RM1500 Sebulan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan inisiatif baharu Program Daya Kerjaya 2.0 yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk rakyat Malaysia.
Isi Kandungan [show]
Apa Itu Program Daya Kerjaya 2.0?
Program Daya Kerjaya 2.0 adalah Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta dan GLC (Government – Linked Companies) serta GLIC (Government – Linked Investment Companies) yang merupakan satu insentif penggajian sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk setiap pekerja yang diambil oleh majikan yang menawarkan pekerjaan kepada golongan mudah terjejas bermula 1 Disember 2023.
Objektif utama pengenalan bantuan Skim Sokongan Pekerjaan Program Daya Kerjaya 2.0 ini adalah untuk
- Menggalakkan sektor swasta / GLC / GLIC menggaji pekerja dalam kalangan golongan mudah terjejas dengan nilai yang lebih tinggi.
- Menggalakkan golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan, pesara dan warga emas mendapatkan pekerjaan dan gaji.

Tarikh Permohonan & Cara Permohonan
Majikan yang berminat untuk memohon insentif Program Daya Kerjaya 2.0 yang ditawarkan ini boleh berbuat demikian pada tarikh permohonan dibuka melalui pautan berikut:
Tarikh Permohonan Dibuka | 10 Januari 2024 |
Tarikh Permohonan Ditutup | 31 Disember 2024 |
Cara Permohonan | >>>Permohonan Program Daya Kerjaya 2.0<<< |
Keisitimewaan Program Daya Kerjaya 2.0
Berikut merupakan beberapa keistimewaan yang ditawarkan kepada syarikat swasta / GLC / GLIC yang mengambil bahagian dalam Skim Sokongan Pekerjaan Program Daya Kerjaya 2.0 ini. Antaranya adalah
- Tiada had permohonan bilangan pekerja.
- Majikan boleh mendapatkan calon melalui Portal MYFutureJobs dan temu duga terbuka anjuran PERKESO.
- Mendapatkan khidmat nasihat bagi penggajian bagi penggajian dan penyediaan tempat kerja yang kondusif bagi golongan mudah terjejas.
Golongan Mudah Terjejas
Antara yang dikategorikan golongan-golongan mudah terjejas adalah
- Orang Kurang Upaya (OKU) / Peserta RTW (Return To Work) di bawah PERKESO.
- Orang Diparol (ODP) / Orang Bebas Berlesen (OBB) / Penghuni Bebas Lesen (PBL) / Bekas Banduan.
- Warga Emas / Pesara yang berumur melebihi 60 tahun.
Syarat Tambahan
Berikut pula merupakan syarat-syarat tambahan yang perlu dipenuhi oleh setiap majikan untuk membolehkan mereka mendapat insentif yang ditawarkan melalui Skim Sokongan Pekerjaan ini, iaitu
- Majikan hendaklah telah berdaftar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
- Majikan atau perusahaan hendaklah telah berdaftar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
- Majikan hendaklah mengiklankan jawatan dan melengkapkan profil majikan di Portal MYFutureJobs.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berhubung Skim Sokongan Pekerjaan ini, sila rujuk saluran-saluran berikut: