Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CYST OVARI: 7 GEJALA DAN RAWATAN

Cyst ovari merupakan ketumbuhan tidak normal yang mengandungi cecair di dalamnya sama ada air, cecair bercampuran protein atau darah, darah beku, darah haid, minyak atau lemak. Cyst ini juga kadang kala boleh terjadi bersama dengan ketumbuhan daging seperti rambut, tulang dan banyak lagi.

Cyst ini juga boleh menandakan wujudnya penyakit yang kemungkinan boleh membawa masalah yang tidak diingini kepada pesakit. Oleh itu, ianya lebih baik untuk dikeluarkan atau dibuangkan. Walapun demikian, cyst ini memang selalunya tidak membahayakan dan bersifat ketumbuhan tidak berbahaya.

Isi Kandungan

Jenis-jenis cyst

Terdapat banyak jenis cyst seperti Corpus luteal cyst, Follicular cyst, Dermoid cyst dan yang paling popular adalah ovarian cyst atau cyst ovari yang terjadi selalunya disebabkan oleh kitaran haid yang tidak sekata serta ketidak seimbangan hormon dalam badan.

Cyst ovari adalah kantung yang dipenuhi cecair yang tumbuh di ovari semasa ovulasi. Ia biasanya berlaku di dalam atau di permukaan ovari, sebahagian daripada sistem pembiakan wanita yang menghasilkan hormon estrogen dan progesteron, serta sel telur (ova) yang diperlukan untuk pembiakan.

Disebabkan terdapat banyak jenis cyst, sebab dan puncanya juga mungkin berlainan setiap jenis. Dan cyst ini bagi memudahkan kefahaman adalah ketulan yang mana ia juga mungkin berbeza pada pesakit atau kategorinya.

Gejala Cyst Ovari

Terdapat banyak gejala atau faktor yang terjadi pada diri kita memungkinkan kita ada cyst. Justeru, ayuh kita tengok apakah gejalanya dan jika mengalami seperti yang disebutkan, cepat-cepat pergi ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

  1. Sakit pada bahagian bawah perut
  2. Kitaran hadi tak normal atau tidak sekata
  3. Pendarahan tidak normal atau luar biasa
  4. Sukar membuang air kecil
  5. Rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual
  6. Perut buncit
  7. Berlaku keguguran berulang kali

Namun sekiranya cyst tersebut bersifat luaran seperti pada kulit. maka ianya bersifat seperti berikut:

  • Terdapat ketumbuhan atau benjol pada kulit
  • Berasa panas pada kawasan tersebut
  • Sekiranya benjolan ditekan akan meninggalkan cap
  • Di bahagian tengah benjolan tersebut akan ada titik hitam
  • Demam
cyst ovari

Rawatan cyst ovari

Kalau ada cyst ape nak buat? Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak iaitu Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi dari Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang dikongsi menerusi laman sesawang Medical Mythnuster Malaysia , rawatan ovarian cyst bergantung kepada jenis cyst yang anda alami. Bagi cyst folikular atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Lazimnya, doktor sakit puan akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Menurutnya lagi, rawatan pembedahan untuk membuang cyst akan dicadangkan jika didapati cyst menjadi semakin besar. Walau bagaimanapun pilihan akan diberikan bergantung kepada gejala yang anda hadapi, bentuk cyst, dan keputusan ujian darah.

  • Simple cyst berukuran diameter < 5 cm :

Rawatan tidak diperlukan. Cyst jenis ini akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan. Anda juga mungkin tidak memerlukan rawatan susulan.

  • Simple cyst berukuran diameter 5 – 7 cm :

Anda seharusnya diberikan rawatan susulan, sekurang-kurangnya ultrasound selepas setahun kemudiannya.

  • Simple cyst berukuran diameter > 7cm:

Anda perlu menjalani ujian dan pemeriksan lanjut, seperti MRI atau pembedahan?

Jika memerlukan kepada pembedahan, anda akan diberikan pilihan untuk menjalani pembedahan laparoskopi (pembedahan melibatkan potongan kecil dan penggunaan kamera), ianya kurang menyakitkan berbanding laparotomi. Dengan pembedahan laparoskopi, anda akan dapat pulang awal ke rumah selepas pembedahan dan sembuh dengan kadar yang segera.

cyst ovari

Walau bagaimanapun pembedahan laparotomi (pembedahan melibatkan potongan besar) dicadangkan sekiranya sista didapati terlalu besar, ataupun cyst menunjukkan tanda-tanda berkaitan dengan kanser.

Doktor sakit puan akan berbincang tentang kebaikan dan keburukan kedua-dua jenis pembedahan ini, seterusnya menentukan jenis pembedahan yang bersesuaian dengan keadaan cyst itu.

Ovari akan dibuang sekali masa operation?

Lazimnya, kedua-dua ovari tidak dibuang ketika pembedahan. Ini adalah kerana ovari penting untuk menghasilkan hormon wanita yang diperlukan sebelum menopos dan dalam kebanyakkan kes, hanya cyst sahaja dibuang. Walaupun begitu, ada sesetengah keadaan yang memerlukan ovari perlu dibuang juga, misalnya jika keadan cyst ovari terlalu besar sehingga menggantikan semua ruang ovari.

Selain itu, ovari juga perlu dibuang sekiranya sista sudah terpusing/ terpuntil sehingga menyebabkan peredaran darah pada ovari terputus, atau merasakan cyst itu mungkin menular menjadi kanser.

Penutup

Wanita, ingatlah kesihatan kalian sangat berharga. Cubalah jaga kesihatan sebaik yang mungkin kerana jika tidak dijaga sebaiknya dirisaukan akan membawa mudarat yang lebih teruk. Selain cyst ovari, jika ada yang ingin mengetahui lebih lanjut bab kesihatan wanita, boleh juga rujuk di saluran kami. Antara yang boleh dibaca adalah artikel seperti IUCD Risiko Dan Fungsi.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More