Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kayap: 5 Fakta Ramai Orang Tak Tahu

Kayap atau nama saintifiknya herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Menurut MyHealth Malaysia, risiko-risiko utama penyakit ini adalah:

  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
kayap
Kayap: 5 Fakta Ramai Orang Tak Tahu 4

Isi Kandungan

5 Fakta Kayap

Berikut kami kongsikan 5 fakta tentang kayap yang mungkin ramai orang masih tidak tahu lagi. 5 fakta itu adalah seperti berikut:

  1. Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.
  2. Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).
  3. Tanda pertama kayap adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna jernih atau kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (keruping) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
  4. Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).
  5. Penggunaan ubat antiviral dalam kadar yang segera (beberapa jam) selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.
kayap
Kayap: 5 Fakta Ramai Orang Tak Tahu 5

Rawat kayap cara tradisional

Selain rawatan melalui ubat klinikal, k@yap juga terkenal dalam kalangan perawat tradisional sejak turun temurun. Menerusi hantaran laman sosial Petua Orang Kampung, ada dikongsi cara rawatan k@yap secara kampung/tradisional. Antara petua untuk merawat k@yap adalah seperti berikut:-

  • Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan di bahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah k@yap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
  • Menggunakan daun pokok duit-duit yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.
  • Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. Penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu k@yap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
  • Untuk k@yap setompok, berkesan jika menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat k@yap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.
kayap
Kayap: 5 Fakta Ramai Orang Tak Tahu 6
  • Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di blender dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan dibancuh pekat. Disapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
  • Guna jenis ubi, ubi itu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering dua, tiga hari lepas tu..cuba rujuk orang-orang tua tentang ubi.

Berikut merupakan antra ubat-ubatan tradisional yang boleh digunakan untuk melegakan dan merawat k@yap. Namun jika ada pembaca yang terkena bisul, boleh baca di sini cara merawat bisul dengan berkesan. Semoga bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More