Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ramadan 2024: Tarikh Puasa & Cuti Awal Ramadan Di Malaysia

Berikut dikongsikan tarikh puasa Ramadan 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Tarikh Penting Dalam Islam Bagi Tahun 2024

Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam islam bagi perayaan atau hari kebesaran islam untuk tahun 2024.

Boleh rujuk jadual berikut untuk mengetahui tarikh mula puasa atau Ramadan 2024.

Tarikh Hijri (H)Tarikh Miladi (M)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 14458 Februari 2024Israk Dan Mikraj
1 Ramadan 144512 Mac 2024Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadan 144528 Mac 2024Nuzul Al-Quran
1 Syawal 144510 April 2024Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 14458 Jun 2024Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 144517 Jun 2024Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 14467 Julai 2024Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144616 September 2024Maulidur Rasul
Tarikh-tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja, Malaysia.

Tarikh Ramadan 2024

Awal Ramadan menandakan permulaan puasa tahunan bagi umat Islam di seluruh Malaysia.

Tarikhnya berbeza-beza setiap tahun kerana ia berdasarkan kalendar bulan Islam dan kaedah penentuan rukyah dan hisab.

Tarikh-tarikh bagi Ramadan 2024 adalah seperti berikut:

TarikhHari
1 Ramadan 1445H / 12 Mac 2024Selasa
2 Ramadan 1445H / 13 Mac 2024Rabu
3 Ramadan 1445H / 14 Mac 2024Khamis
4 Ramadan 1445H / 15 Mac 2024Jumaat
5 Ramadan 1445H / 16 Mac 2024Sabtu
6 Ramadan 1445H / 17 Mac 2024Ahad
7 Ramadan 1445H / 18 Mac 2024Isnin
8 Ramadan 1445H / 19 Mac 2024Selasa
9 Ramadan 1445H / 20 Mac 2024Rabu
10 Ramadan 1445H / 21 Mac 2024Khamis
11 Ramadan 1445H / 22 Mac 2024Jumaat
12 Ramadan 1445H / 23 Mac 2024Sabtu
13 Ramadan 1445H / 24 Mac 2024Ahad
14 Ramadan 1445H / 25 Mac 2024Isnin
15 Ramadan 1445H / 26 Mac 2024Selasa
16 Ramadan 1445H / 27 Mac 2024Rabu
17 Ramadan 1445H / 28 Mac 2024Khamis
18 Ramadan 1445H / 29 Mac 2024Jumaat
19 Ramadan 1445H / 30 Mac 2024Sabtu
20 Ramadan 1445H / 31 Mac 2024Ahad
21 Ramadan 1445H / 1 April 2024Isnin
22 Ramadan 1445H / 2 April 2024Selasa
23 Ramadan 1445H / 3 April 2024Rabu
24 Ramadan 1445H / 4 April 2024Khamis
25 Ramadan 1445H / 5 April 2024Jumaat
26 Ramadan 1445H / 6 April 2024Sabtu
27 Ramadan 1445H / 7 April 2024Ahad
28 Ramadan 1445H / 8 April 2024Isnin
29 Ramadan 1445H / 9 April 2024Selasa
Ramadan 2024
Ramadan 2024: Tarikh Puasa & Cuti Awal Ramadan Di Malaysia 1
Ramadan 2024

Cara Awal Ramadan Ditentukan

Setiap tahun permulaan puasa akan diumumkan secara rasmi oleh televisyen, radio dan media-media rasmi Kerajaan.

Permulaan puasa ini ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlaku ijtimak iaitu apabila bumi, bulan dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama.

Menurut astronomi moden dan ilmu falak, perkiraan bulan baru bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam.

Di Malaysia, tanggungjawab melihat hilal dilakukan oleh Jawatankuasa Rukyah Negeri yang dilantik oleh Ketua Agama Islam Negeri yang diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri.

Terdapat kira-kira 29 lokasi melihat anak bulan di seluruh Malaysia dengan menggunakan peralatan berteknologi seperti teleskop dan total station serta pengiraan data rukyah yang meliputi jadual pergerakan bulan dan matahari digunakan pada hari rukyah bagi membantu para pencerap menentukan tarikh Awal Ramadan dengan tepat.

Cuti Umum Sempena Awal Ramadan 2024

Untuk makluman, Awal Ramadan iaitu 12 Mac 2024 (Selasa) merupakan tarikh Cuti Umum bagi negeri

  • Johor
  • Kedah
  • Melaka
Ramadan 2024: Tarikh Puasa & Cuti Awal Ramadan Di Malaysia 2
Ramadan 2024

Tips Persediaan Menyambut Ramadan

Disebabkan Ramadan 2024 sudah tidak lama lagi akan menjelma, adalah lebih baik kita membuat persediaan awal sebelum kedatangannya.

Berikut dikongsikan sedikit tips persedian untuk kita sebagai umat Islam sebelum menyambut Ramadan, antaranya adalah

  1. Latih diri berpuasa sebelum bulan Ramadan datang supaya kita lebih bersedia dan bersemangat untuk menunaikan ibadat puasa selama sebulan dengan sebaiknya pada bulan Ramadan nanti. 
  2. Ubah corak tidur. Corak tidur yang baik sangat penting bagi memastikan kita mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Seterusnya, ia akan membantu memudahkan rutin Ramadan kita, misalnya untuk bangun sahur ataupun untuk mengerjakan solat Tahajjud pada satu per tiga malam.
  3. Rancang kewangan harian. Rancang dari segi kewangan sebaiknya supaya perbelanjaan harian kita pada bulan Ramadan nanti tidak melebihi bajet yang ditetapkan yang mana boleh menjurus kepada berlakunya pembaziran.
  4. Rutinkan amalan sedekah dalam kehidupan harian. Biasakan amalan itu dari sekarang kerana ia akan menjadi lebih mudah apabila memasuki bulan Ramadan nanti.
  5. Rancang menu harian. Perancangan awal sebelum Ramadan adalah sangat penting. Khususnya dari segi perancangan menu berbuka dan bersahur. Dengan perancangan awal ini, kita akan dapat menjimatkan masa di dapur dan menggunakan masa selebihnya untuk beribadah sebaiknya.
  6. Banyak mempelajari atau mendalami ilmu / hukum berkenaan puasa.
  7. Membersihkan kawasan rumah sebelum menyambut Ramadan. Ini seakan-akan menjemput tetamu hadir ke rumah. Jadi dengan membersihkan rumah, ia dapat membuatkan kita lebih selesa dan seronok untuk mengajak sanak-saudara beribadah di rumah.
  8. Sediakan senarai doa untuk diamalkan pada bulan Ramadan. Memperbanyakkan berdoa pada bulan ini pahala akan dilipatgandakan berbanding bulan-bulan yang lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More