Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Solat Istikharah : 3 Perkara Penting Yang Perlu Difahami Oleh Umat Islam

Sering kita terdengar akan solat istikharah ini ditunaikan ketika buntu dalam membuat pilihan. Dalam hidup kita ini, sebagai seorang manusia biasa sering kali menghadapi kesusahan mahupun kesulitan dalam kehidupan yang disebut ujian. Ada kalanya mereka sukar dan tidak tahu dalam membuat sesuatu pilihan, maka Solat Istikharah adalah salah satu jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Isi Kandungan

Penerangan Solat Istikharah

Solat Istikharah atau lebih tepat disebutnya adalah Solat Sunat Istikharah adalah sejenis solat sunat yang dipraktikkan oleh sebahagian besar masyarakat Muslim. Tujuan utama didirikan solat ini adalah untuk meminta petunjuk yang baik dari Allah SWT. Orang Muslim biasanya yang berada dalam keadaan dilema untuk menentukan pilihan yang sebenar dan tepat, ataupun apabila seseorang muslim itu dalam keadaan ragu-ragu, samada perkara yang dihajatinya atau yang diputuskannya itu akan membawa kepada kebaikan, atau keburukan jika ia memilihnya.

Perkara ini dinyatakan di dalam hadis, Jabir bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِي الأمُورِ كُلِّهَا، كَالسُّورَةِ مِنَ الْقُرْآنِ: إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ…

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengajarkan kami tentang memohon pilihan (terbaik) dalam setiap urusan (Istikharah) sebagaimana Baginda mengajarkan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda: Jika seseorang daripada kamu menghadapi masalah maka solatlah dua rakaat yang bukan solat wajib…
Riwayat al-Tirmizi (480)

Berdasarkan hadis di atas, Syeikh ʻAbd al-Rahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa maksud istikharah di dalam hadis ini ialah solat sunat istikharah.

أن من أراد مِنْ الْأُمُورِ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ بِنِيَّةِ صَلَاةِ الِاسْتِخَارَةِ

Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang hendak melakukan sesuatu di antara perkara-perkara (penting) maka hendaklah dia dirikan solat dua rakaat dengan niat solat istikharah.
(Rujuk al-Majmuʻ Syarh al-Muhazzab, 4/54)

Selain itu, dalam al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah menyebutkan bahawa:

اتَّفَقَ فُقَهَاءُ الْمَذَاهِبِ الأَرْبَعَةِ عَلَى أَنَّ الأَفْضَل فِي صَلاَةِ الاِسْتِخَارَةِ أَنْ تَكُونَ رَكْعَتَيْن

Maksudnya: Ulama empat mazhab bersepakat bahawa jumlah rakaat yang paling afdal bagi solat sunat istikharah adalah dua rakaat.
(Rujuk al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah, 3/244)

Dalam pada itu, secara asasnya, solat Sunat Istikharah ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. Namun begitu, dalam rujukan yang sama disebutkan bahawa adalah diharuskan untuk melakukan solat sunat istikharah melebihi dua rakaat di sisi mazhab al-Shafi’ kerana Perkara ini ada disebutkan oleh Imam Ibn Hajar al-ʻAsqalani:

فَلَوْ صَلَّى أَكْثَرَ مِنْ رَكْعَتَيْنِ أَجْزَأَ

Maksudnya: Walaupun seseorang itu solat lebih daripada dua rakaat adalah sah.
(Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 11/185)

Dalam pada itu, waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah adalah pada 2 per 3 malam terakhir. Ketahuilah bahawa solat Istikharah ini hanya boleh dilakukan untuk memohon petunjuk bagi sesuatu kebaikan sahaja dan tidak sama sekali untuk sesuatu yang tidak bermanfaat atau kejahatan. Ini kerana dari segi bahasa, Istikharah itu sendiri bermaksud meminta sesuatu kebaikan atau pilihan yang baik. Selain itu hendaklah diingatkan bahawa permasalahan yang menjadi dilema bukanlah daripada perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam.

Tata Cara Menunaikan Solat Sunat Istikharah

Baiklah, di sini kami akan kongsikan tentang cara – cara melaksanakan solat sunat istikharah ini. Sebenarnya Solat sunat istikharah ini dari segi pergerakan adalah sama sahaja seperti solat sunat yang lain – lain akan tetapi lafaz niatnya yang berbeza.

Adapun bacaan dalam solat ini tidaklah ditentukan dan bolehlah dibaca mana-mana surah yang disukai. Berikut menunjukkan panduan yang ringkas yang boleh dirujuk bagi yang ingin melaksanakannya.

  1. Membaca Niat

Ketika ingin menjalankan solat fardhu atau sunnah apapun termasuk istikharah mestilah diawali dengan niat.

solat istikharah

Usolli Sunnatal Istikharati Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.”

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat istikharah dalam hati.

2. Takbiratul Ihram dan Doa Iftitah

Takbiratul ihram merupakan takbir pertama yang dibaca ketika memulai solat wajib mahupun sunnah. Untuk bacaan takbiratul ihram yaitu Allahu Akbar  yang cukup dilafadzkan 1 kali saja. Kemudian, dilanjutkan dengan membaca doa iftitah. Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan dan Jika membacanya, diberikan pahala.

solat istikharah

Allaahu akbar kabiraa walhamdulillaahi katsiiraa, wa subhaanallaahi bukratan wa’ashiilaa wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wa maa anaa minal musyrikiin. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa ana minal muslimiin.

Maksudnya : “Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.”

3. Membaca Surat Al Fatihah dan Surat Pendek

Terdapat banyak surat pendek dalam Al Qur’an yang dapat dibaca ketika ingin melaksanakan solat istikharah. Namun sebahagian ulama’ menganjurkan untuk membaca Al Kafirun (rakaat pertama selepas Al Fatihah) dan Al Ikhlas (rakaat kedua selepas Al Fatihah) karena lebih afdal.

Untuk rakaat pertama boleh membaca Al Fatihah yang dilanjutkan dengan Al Kafirun. Sedangkan pada rakaat kedua nantinya membaca surat Al Fatihah beserta Al Ikhlas. Bacaan sesudah membaca surat Al Fatihah hukumnya tidak wajib, yang wajib hanyalah Al Fatihahnya. Tetapi jika membaca mendapat pahala.

4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Ruku’ Tuma’ninah

Ruku’ termasuk salah satu satu rukun penting saat melaksanakan ibadah sholat. Saat melakukan ruku’ haruslah membaca doa sebanyak 3 kali seperti berikut ini:

solat istikharah

Subhana rabbiyal ‘adhimi wa bihamdihi. (3x)

Maksud: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

5. Kemudian Bangun Iktidal

Setelah melakukan ruku’ dan membaca doanya, maka boleh segera bangun dengan cara berdiri tegak atau yang disebut i’tidal. Dalam posisi ini juga masih membaca doa seperti berikut:

solat istikharah

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 

Maksudnya : ” Sesungguhnya Allah Maha Mendengar sesiapa yang memuji -Nya, Wahai Tuhan kami, sesungguhnya untuk Engkaulah segala pujian.”

6. Selepas Iktidal, Terus lakukan Sujud

Sujud juga masih termasuk dalam rukun sholat yang dilakukan setelah bangun dari rukuk. Pada sujud yang pertama ini boleh membaca doa seperti berikut:

solat istikharah

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

Maksudnya : “Mahasuci Rabb-ku Yang Mahatinggi, dan memujilah aku kepada-Nya.”

7. Kemudian duduk diantara dua sujud

Tata cara menjalankan sholat istikharah selanjutnya setelah sujud adalah duduk diantara dua sujud. Berikut ini bacaan doanya secara lengkap beserta artinya:

solat istikharah

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  

Maksudnya : “Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah keadaanku, tinggikanlah derajatku, berilah rezeki dan petunjuk untukku”

8. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua

Sebelum berdiri kembali untuk melanjutkan rakaat kedua, perlulah sujud kembali atau lakukan sujud kedua. Untuk doa boleh membaca doa yang sama seperti dengan sujud yang pertama tadi.

9.   Kemudiannya Berdiri Kembali untuk Melanjutkan Rakaat yang Kedua Sehinggalah Salam

Untuk tata cara yang terakhir boleh berdiri kembali melanjutkan rakaat yang kedua. Pada rakaat kedua ini, urutannya adalah yang sama dengan rakaat pertama. Perbezaannya adalah harus membaca tahiyat akhir dan ditutup dengan salam. Bacaan tahiyat akhir dan salam ini adalah sama sahaja seperti bacaan dalam solat wajib yang biasa ditunaikan itu.

Fahami Mengenai Solat Istikharah

Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu umat islam fahami dalam melaksanakan Solat Istikharah.

  • Istikharah tak semestinya dijawab menerusi mimpi

Lazimnya orang kaitkan solat istikharah dengan kedatangan mimpi yang menunjukan petanda kepada jawapan bagi hajat yang ingin diketahui jawapannya. Istikharah dijawab dengan keyakinan yang muncul dalam hati dan diberikan kesenangan ketika mengambil salah satu keputusan. Jika hati semakin serabut dan keputusan juga sukar untuk diambil maka mungkin itu tanda Allah tidak menyukai pilihan yang ingin dibuat.

  • Istikharah bukan untuk soal Jodoh sahaja, malah semua urusan

Kebanyakan umat Islam menganggap Solat Istikharah adalah bagi urusan jodoh sahaja. Akan tetapi sebenarnya iIanya melibatkan semua jenis pilihan dalam kehidupan termasuklah membuat pilihan dalam sambung pelajaran, bekerja, membuat sesuatu atau sebagainya.

  • Istikharah hanya bagi pilihan yang baik dengan yang baik

Solat istikharah hanya boleh dibuat bagi memilih antara perkara yang baik. Ini bermaksud bagi hal yang sememangnya jelas tidak baik dan berdosa adalah tidak boleh. Jadi jika dah tahu pilihan tersebut akan membawa keburukan dan tidak baik maka terus tinggalkan sahaja.

Kesimpulannya

Ingatlah bahawa hanya urusan yang mubah (harus) baik isunya besar ataupun kecil, penting mahupun tidak, dibenarkan untuk melakukan istikharah. Lazimnya kebanyakan masyarakat akan kaitkan Solat Istikharah dengan permasalahan pemilihan jodoh atau pasangan hidup. Selain itu, banyak lagi perkara lain yang turut digalakkan bagi seseorang untuk mengerjakan Solat Istikharah seperti persoalan kerjaya atau kerja, tawaran sambung belajar dan sebagainya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More