TINGKATKAN IMMUNE BADAN ANAK-ANAK DENGAN 5 TIPS PEMAKANAN YANG TEPAT
TINGKATKAN IMMUNE BADAN? Kanak-kanak terutama bayi di bawah usia dua tahun amat mudah mengalami demam, batuk dan selesema. Ia antara masalah kesihatan paling kerap terjadi yang bukan saja menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan meragam hampir sepanjang masa malah mengakibatkan ibu bapa tertekan akibat perlu berjaga sepanjang malam.
Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
TINGKATKAN IMMUNE BADAN
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua Ibu bapa untuk dijadikan amalan pemakanan yang sihat.
Sumber TINGKATKAN IMMUNE BADAN: Dr Zubaidi Hj Ahmad