Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024 Dibayar Pada 23 Februari
Berikut dikongsikan mengenai Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024 yang akan dibayar mulai 23 Februari ini.
Isi Kandungan
Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024
Semua penjawat awam termasuk pesara kerajaan akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 23 Februari ini.
Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak akan dibuat pada 23 Februari 2024 (Jumaat) dan laporan akhir Kajian SSPA akan dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan.
Pengumuman Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024 itu telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 6 Februari 2024.
Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
Selain itu, Insentif RM1000 pula akan diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun 2024.
Beliau berkata bayaran insentif ini dibuat sementara Kerajaan menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.
“Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat.
Bayaran insentif berjumlah RM1,000 juga akan diberikan kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024 ini akan dibuat pada 23 Februari 2024 bagi meringankan beban semua penjawat awam untuk membuat persediaan persekolahan anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal yang akan datang tidak lama lagi.
Soalan Lazim Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA Tahun 2024
Berikut adalah FAQ berkaitan Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian SSPA bagi tahun 2024.
Soalan | Jawapan Kelayakan |
---|---|
Adakah pegawai yang dilantik pada 2 Februari 2024 layak menerima BIA Kajian SSPA Tahun 2024? | Pegawai yang telah dilantik tetap dan masih berkhidmat pada 23 Februari 2024 layak menerima BIA Kajian SSPA Tahun 2024. |
Adakah pegawai yang bercuti separuh gaji / tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2024 hingga 23 Februari 2024 layak menerima BIA Kajian SSPA Tahun 2024? | Pegawai layak menerima BIA Kajian SSPA Tahun 2024. |
Adakah pegawai yang dipinjamkan / ditukar sementara ke Gred Jawatan Utama / Khas layak menerima BIA Kajian SSPA Tahun 2024? | Pegawai layak menerima bayaran sebanyak RM1,000.00 kerana pegawai telah menikmati elaun dan kemudahan atas Gred Jawatan Utama / Khas sama seperti pegawai memangku. |
Adakah pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta layak menerima BIA Kajian SSPA Tahun 2024? | Pegawai layak dan akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai (agensi peminjam) tertakluk kepada penerimaan pakai oleh agensi berkenaan. |
Adakah seorang pegawai lantikan (Contract Of Service) COS layak diberi BIA Kajian SSPA Tahun 2024 sekiranya beliau berkhidmat mulai 1 Februari 2023 hingga 31 Januari 2024 dan tidak lagi berkhidmat selepas tarikh tamat kontrak tersebut? | Pegawai tidak layak kerana tidak lagi berada dalam perkhidmatan pada 23 Februari 2024. |
Adakah seorang pegawai COS yang dilantik pada 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 layak diberi BIA Kajian SSPA Tahun 2024? | Pegawai layak dengan syarat masih berada dalam perkhidmatan pada 23 Februari 2024. |
Adakah seorang Personel MySTEP yang dilantik bermula pada 1Januari 2024 dan masih berkhidmat pada 23 Februari 2024 layak diberi BIA Kajian SSPA Tahun 2024? | Personel MySTEP layak menerima BIA Kajian SSPA Tahun 2024 dengan syarat telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan pada tahun 2023 dan masih berkhidmat sebagai Personel MySTEP pada 23 Februari 2024. |
Adakah Personel MySTEP yang kontraknya berkuat kuasa dalam tempoh antara 1 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023 dan dilantik semula pada 1 Februari 2024 layak diberi BIA Kajian SSPA Tahun 2024? | Personel MySTEP telah berkhidmat sekurang kurangnya enam (6) bulan pada tahun 2023 dan masih berkhidmat sebagai Personel MySTEP pada 23 Februari 2024 layak. |
Adakah Personel MySTEP yang dilantik bermula pada 3 Januari 2023 dan tamat kontrak pada 31 Disember 2023 layak diberi BIA Kajian SSPA Tahun 2024? | Personel MySTEP tidak layak kerana tidak lagi berada dalam perkhidmatan pada 23 Februari 2024. |
Adakah pegawai yang meninggal dunia pada 23 Februari 2024 layak menerima BIA Kajian SSPA Tahun 2024? | Pegawai layak dengan bayaran sebanyak RM2,000.00 dan akan dibayar oleh jabatan terakhir pegawai berkhidmat. |
Adakah pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meletak jawatan / berhenti / ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam sebelum atau pada 23 Februari 2024 layak diberi BIA Kajian SSPA Tahun 2024 ini? | Pegawai tidak layak kerana pegawai tidak lagi berada dalam perkhidmatan. |
Semoga perkongsian Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024 ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!