Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Air Ketum: 5 Cara Kenali Orang Ketagih

Air ketum adalah air dari perahan pokok ketum iaitu pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.

Selain dibuat air, daun ketum juga boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, atau pun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya. Namun, tahukah kita ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan negara kita serta Australia, Thailand dan Myanmar.

air ketum
Air Ketum: 5 Cara Kenali Orang Ketagih 4

Ini kerana walaupun daun ketum sering dikaitkan kononnya sebagai salah satu alternatif ‘perubatan’ untuk beri lebih tenaga dan motivasi kepada pengguna, namun ramai yang menggunakan ke arah yang tidak elok hinggakan mengalami ketagihan. Dikatakan kebanyakan yang mengambil air ketum ini memproses tumbuhan itu dengan merebus dan mencampurkannya dengan air coca cola dan bahan-bahan lain.

Isi Kandungan

Cara mengenali mereka yang ketagihan air ketum

Mungkin dalam masyarakat kita tanpa kita sedari, di sekeliling sebenarnya ada yang sedang mengalami ketagihan air ketum. Malah, ramai juga para isteri yang mengadu tertekan disebabkan suami ketagih air ketum. Maka, di sini kami kongsikan beberapa cara untuk kita menilai samada orang itu ketagih air ketum agar dapat berhati-hati dan mencari solusi jika ianya melibatkan orang tersayang.

air ketum
Air Ketum: 5 Cara Kenali Orang Ketagih 5

Melalui laman rasmi milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu MyHealth.my menjelas penggunaan daun atau air ketum ini sebenarnya boleh menjadi satu tabiat dan ketagih. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti:

  • Sering bertindak ganas
  • Penurunan berat badan mendadak
  • Pengeluaran air mata yang kerap
  • adan berbau busuk
  • Sering sakit dan lenguh-lenguh otot
  • Hilang selera makan
  • Badan kerap menggigil dan berpeluh

Kesan mengambil air ketum

Jika kerap mengambil ketum, kesannya sangatlah besar hinggakan boleh mengakibatkan permasalahan dalam rumahtangga, keluarga serta masyarakat. Orang yang selalu mengambil air ketum kesannya adalah:

  • Kerap membuang air kecil
  • Boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).
  • Sering bertindak ganas dan bermusuh dengan orang sekeliling
  • Sakit kepala
  • Mabuk
  • Khayal
  • berhalusinasi
  • Stres dan depresi
air ketum
Air Ketum: 5 Cara Kenali Orang Ketagih 6

Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 hingga 5 hari.

Penutup

Ketahuilah, kesan pengambilan air ketum adalah sangat buruk dan banyak yang tidak baik berbanding kebaikan. Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap. Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal (psikosis ketum).

Penyalahgunaan Ketum yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang dan kematian otot. Jika anda melihat ada kawan-kawan yang gemar meminum ketum lebam-lebam dikulit terutamanya sekitar kaki, ini mungkin kesan daripada minum ketum. (sumber; Public Health Malaysia)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More