Pengambilan Tetap Pelbagai Jawatan Kosong MADA 2024
Jawatan Kosong MADA 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong MADA 2024
Maklumat Jawatan Kosong MADA 2024 adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 | 1 | RM2,083.00 – RM9,549.00 | 28 Februari 2024 |
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 | 1 | RM2,315.00 – RM9,618.00 | 28 Februari 2024 |
Pegawai Pertanian Gred G41 | 3 | RM2,084.00 – RM9,551.00 | 28 Februari 2024 |
Jurutera Gred J41 | 3 | RM2,529.00 – RM9,643.00 | 28 Februari 2024 |
Penolong Jurutera Gred JA29 | 9 | RM1,549.00 – RM5,701.00 | 28 Februari 2024 |
Penolong Akauntan Gred W29 | 1 | RM1,498.00 – RM5,678.00 | 28 Februari 2024 |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 | 1 | RM1,549.00 – RM5,684.00 | 28 Februari 2024 |
Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 | 15 | RM1,494.00 – RM5,674.00 | 28 Februari 2024 |
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 | 1 | RM1,493.00 – RM5,672.00 | 28 Februari 2024 |
Juruaudio Visual Gred N19 | 1 | RM1,352.00 – RM4,003.00 | 28 Februari 2024 |
Pembantu Kemahiran Gred H19 | 4 | RM1,377.00 – RM4,052.00 | 28 Februari 2024 |
Pengawal Keselamatan Gred KP11 | 3 | RM1,205.00 – RM2,939.00 | 28 Februari 2024 |
Pemandu Kenderaan Gred H11 | 8 | RM1,218.00 – RM2,939.00 | 28 Februari 2024 |
Pembantu Awam Gred H11 | 21 | RM1,218.00 – RM2,939.00 | 28 Februari 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,083.00); atau
- Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,286.57); atau
- Ijazah sarjana muda kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,490.99); atau
- Ijazah sarjana muda perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau
- Ijazah sarjana muda perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,899.83); atau
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM3,002.03).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : RM2,315.00); atau
- Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : RM2,522.44); atau
- Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau
- Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pegawai Pertanian Gred G41
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustry, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Jurutera Gred J41
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Akauntan Gred W29
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
- Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
- Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,776.08); atau
- Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM2,001.68).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau
- Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Gred N29: RM1,770.95);
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Juruaudio Visual Gred N19
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80); dan
- Memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Vokasioanal Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf yang setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawaian Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh dengan Kerajaan;
- Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Awam Gred H11
Calon lantikan Jawatan Kosong MADA 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh dengan Kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00);
- Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat,calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu injin sangkut / motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia). (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan Jawatan Kosong MADA 2024 ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) pada Sistem E-Perjawatan MADA sebelum atau pada 28 Februari 2024 (Rabu).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MADA 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.