Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan kemasukan ke prasekolah 2024 (bagi sesi 2025/2026) yang akan dibuka tidak lama lagi.
Isi Kandungan
Sistem E-Prasekolah KPM
Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sebuah sistem E-Prasekolah secara atas talian bagi memudahkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah.
Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem E-Prasekolah iaitu seperti berikut.
Permohonan Ke Prasekolah KPM | – Borang permohonan. – Semak dan kemaskini permohonan. – Rayuan permohonan. |
Kemaskini Maklumat Pengguna | Pastikan e-mel dikemaskini berdasarkan e-mel terkini yang aktif. |
Carian Maklumat Institusi Prasekolah | Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM. |
Semakan Status Pendaftaran | Semak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan. |
Cara Mendaftar Menggunakan Sistem E-Prasekolah
Bagi mendaftar menggunakan sistem E-Prasekolah, sila ikut langkah-langkah berikut:
Layari Laman Sesawang E-Prasekolah KPM | Layari laman sesawang E-Prasekolah sama ada melalui komputer atau telefon pintar anda. |
Daftar & Login | Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan e-mel yang didaftarkan adalah e-mel yang aktif. |
Lengkapkan Maklumat Permohonan | – Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa. – Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu / bapa / penjaga. – Pastikan nama yang didaftarkan adalah Nama Penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran. – Pastikan pengguna mengingati Kata Laluan dan tidak mendedahkan Kata Laluan kepada orang lain. – Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif. |
Kemaskini & Cetak | – Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen yang berkaitan. – Kemaskini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah). – Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemaskini semula oleh ibu / bapa / penjaga. – Ibu / bapa / penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat pada sistem. – Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja. – Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu / bapa / penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini. |
Semakan Status Permohonan | – Semakan keputusan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2025 / 2026 adalah bermula pada Ogos 2024. – Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran. – Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat pada tarikh yang akan dimaklumkan. |
Permohonan Rayuan | – Permohonan rayuan bermula pada Ogos 2024 (tertakluk kepada pindaan). – Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu / bapa / penjaga melalui laman E-Prasekolah. – Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu / bapa / penjaga melalui sekolah atau institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN. |
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Sesi 2025/2026 akan dibuka mulai 1 Mac 2024.
Syarat Permohonan
Permohonan mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan dibawah, iaitu:
- Kanak-kanak warganegara Malaysia.
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui dua (2) kaedah yang dinyatakan seperti berikut:
Permohonan Secara Manual | Permohonan Secara Online |
---|---|
Permohonan bermula pada 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024. | Permohonan bermula pada 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024. |
Borang permohonan boleh diambil di sekolah yang ingin dipohon. Sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar. | Borang permohonan boleh didapati pada pautan berikut: >>>E-Prasekolah 2024<<< |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024 ini, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui e-mel kepada [email protected].
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!