Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sejarah Ringkas Putrajaya

Isi Kandungan

Asal Usul Putrajaya

Sejarah Putrajaya bermula dari sebuah tempat atau kampung terpencil dengan nama Prang Besar, sebuah daerah di bawah Kerajaan Negeri Selangor.  Kampung ini berdekatan dengan Jenderam Hilir yang sekarang bersebelahan dengan Putra jaya.

Kerajaan Persekutuan berunding dengan negeri Selangor dan pada pertengahan tahun 1990-an, kerajaan Persekutuan membayar sejumlah besar wang ke Selangor bagi 11,320 ek (45.8 km2) tanah.  Hasil daripada pembelian tanah ini, negeri Selangor kini sepenuhnya mengelilingi dua Wilayah Persekutuan dalam sempadan, iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Maksud disebalik nama Putrajaya adalah ‘Putra’ dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.  Nama ini telah ditambah dengan perkataan ‘jaya’ yang bermaksud ‘kecemerlangan‘. Maka terjadilah Putrajaya yang anda ketahui sekarang.

Kewujudannya mencatatkan sejarah baru buat Malaysia dalam pembinaan bandaraya yang sangat moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri dan budaya tempatan.

Pembangunan Putrajaya

Putrajaya
Sejarah Ringkas Putrajaya 2
Putra jaya mula membangun mulai 12 Oktober 1994.  Ia dibangunkan oleh anak jati Malaysia sendiri berbanding Kuala Lumpur adalah bandar tinggalan penjajah pada masa dahulu.  Putra jaya yang dibina bercirikan budaya tempatan untuk mengekalkan warisan Malaysia.
Ia telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan baru.  Sebelum ini terletak di Kuala Lumpur yang sangat sesak dan padat pada ketika itu.  Antara salah satu faktor perpindahan ke Putrajaya adalah untuk mengurangkan kesibukan di Kuala Lumpur.
Pembangunannya juga sejajar dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang dan efisien daripada sebelumnya.   Selain itu, Ia merupakan bandar contoh yang disertai taman yang lengkap dengan jaringan informasi teknologi multimedia yang serba canggih.  Ia juga berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ia sememangnya menjanjikan kehidupan yang selesa dan berkualiti kepada penduduknya.  Tempat yang sangat ideal dan lengkap merangkumi tempat pekerjaan, penempatan, bersukan dan juga pelbagai aktiviti rekreasi.

Kerja-kerja Pembinaan

Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek real-estate terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara.  Projek ini dijangka selesai pada tahun 2010.
Proses pembinaan ia dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan.  Hanya 10% sahaja diimport dari luar negara.
Pekerja-pekerja kontrak  bertungkus lumus menyiapkan fasa pertama ia yang dijadualkan akan siap pada minggu pertama bulan Jun 1999.    Dijangkakan dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini akan siap sepenuhnya.

 

Putrajaya – Kebanggaan Malaysia

Kini, Putrajaya merupakan bandaraya moden dan maju seiring dengan negara luar.  Terdapat persekitaran yang sangat menarik dan mempunyai pelbagai kemudahan dan fasiliti yang boleh digunakan sepenuhnya.

 

Ianya ialah sebuah bandar-dalam-taman yang mempunyai kualiti kehidupan dan suasana kerja yang seimbang dan ideal.

 

Dari segi senibinanya, Putrajaya akan menjadi bandar berwajah serba moden.   Dengan perancangan yang teliti, bandar “intelek” ini bakal memberi peluang kepada rakyat untuk hidup dalam masyarakat yang lebih progresif. 

 

Putrajaya adalah antara tempat bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi Malaysia.   
 
sumber : wikipedia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More