Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Selawat Nabi Saw Dan 42 Kelebihan Berselawat

Selawat Nabi saw adalah salah satu amalan yang dituntut oleh umat Islam. Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai banyak kelebihan samada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Antara kalimah selawat Nabi saw yang boleh diamalkan adalah: Allahummasolli ala sayyidina Muhammad waala alihi wasohbihi wasallam.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) iaitu dalam buletin khas Maulidur Rasul menukilkan ada 42 kelebihan ke atas umat yang berselawat pada Nabi saw. Banyak kan? 42 itu adalah satu jumlah yang banyak dan sayang kalau kita umatnya tidak mengambil kesempatan ini. Rugi sangatlah rugi. Bukannya susah pun selawat Nabi saw ni.

Malah bukan sahaja di laman website rasmi JAKIM, tapi menerusi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri (MUFTINS) juga menyenaraikan perkara yang sama.

SELAWAT NABI
Selawat Nabi Saw Dan 42 Kelebihan Berselawat 3

42 Kelebihan Selawat Nabi SAW

Berikut dikongsikan kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw jika kita umatnya amalkan selalu. Semoga kita semua mendapat kelebihan ini agar sejahtera sentiasa di dunia mahupun di akhirat sana.

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan Selawat Nabi Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:

1Melaksanakan perintah Allah.
2Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11Allah akan menutupi segala dukacita.
12Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13Mendapat darjat al-Sidq.
14Ditunaikan segala hajat.
15Salam sejahtera pada hari kiamat.
16Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
SELAWAT NABI
Selawat Nabi Saw Dan 42 Kelebihan Berselawat 4

Antara lain kelebihan selawat Nabi saw adalah seperti di bawah ini:

21Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22Tidak akan merasai fakir.
23Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31Mendapat keberkatan daripada Allah.
32Mendapat kesempurnaan iman.
33Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36Teguh pendirian dengan kebenaran.
37Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Justeru, semoga kita sentiasa melazimi selawat Nabi saw ini dalam kehidupan seharian kita. Moga-moga selawat Nabi ini juga asbab Rasulullah saw beri syafaat pada kita di akhirat kelak.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More