Semakan Status Dan Tarikh Pembayaran GKP Geran Khas Prihatin 2020
Isi Kandungan
Tarikh Pembayaran GKP : Semakan Status Dan Tarikh Bayaran
APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN?
Geran Khas Prihatin (GKP) merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu peniaga kecil dan sederhana di Malaysia.
GKP ini membantu peniaga dari segi pembayaran bantuan tunai kepada mereka yang layak.
Bayaran sebanyak RM3000 secara one-off diberikan kepada mereka yang lulus permohonan ini.
Para permohon perlu menepati syarat yang diperlukan untuk memerlukan permohonan anda diterima dan diluluskan.
Sebelum anda membuat permohonan, apa kata lihat dulu syarat-syarat kelayakan Geran Khas Prihatin.
SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
Siapakah yang layak mohon Geran Khas PRIHATIN (GKP)?
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
mikro seperti berikut:- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan - Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
dan
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
- Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan - Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
- Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
KADAR NILAI GERAN KHAS PRIHATIN
CARA SEMAKAN STATUS GERAN KHAS PRIHATIN
TARIKH SEMAKAN DAN PEMBAYARAN
Semakan boleh dibuat bermula pada 03 Jun 2020
Pembayaran akan dibuat bermula pada 15 Jun 2020
Sila semak secara online melalui pautan berikut : https://gkp.hasil.gov.my/
SOALAN LAZIM SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
1.Bila Tarikh semakan Geran Khas Prihatin GKP?
Tarikh semakan Geran Khas Prihatin (GKP) ialah pada 03 Jun 2020.
2. Tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP)?
Pembayaran bagi permohonan yang lulus adalah pada 15 Jun 2020.
3. Kadar Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP)?
Kadar pembayaran yang akan dibayar kepada pemohon yang lulus adalah berjumlah RM3000 dan dibayar secara one off.
4. Bagaimana pembayaran dilakukan?
Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaunbank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.
Baca juga Cara Membuat Permohonan Baharu Geran Khas Prihatin