Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kelemumur Boleh Jadi Kulat Kulit Kepala

Kelemumur adalah satu proses pengelupasan sel-sel kulit pada kulit kepala. Walaupun kelemumur boleh menyebabkan kegatalan kulit kepala, namun tidak semua kegatalan kulit kepala yang dialami itu disebabkan oleh kelemumur.

kelemumur
Kelemumur Boleh Jadi Kulat Kulit Kepala 4

Isi Kandungan

Adakah kelemumur dari kulat?

Jangkitan kulat pada kulit kepala biasanya dipanggil tinea capitis atau kurap kulit kepala. Ia adalah jangkitan kulat di folikel rambut kulit kepala dengan penglibatan jangkitan di batang rambut . Ia disebabkan oleh spesies kulat dalam genera kulat Microsporum dan Trichophyton.

Adakah kelemumur sejenis jangkitan kulat?

Kelemumur bukan jangkitan kulat. Secara umumnya kelumumur dianggap sebagai satu proses fisiologi  pengelupasan kulit kepala. Kelemumur tidak berjangkit . Walau bagaimanapun , kelemumur sering dikaitkan dengan kulat yis yang dipanggil Malassezia , paling lazim ialah  M. restricta dan M. globosa ( Gemmer et al , 2002). Organisma kulat adalah sebahagian daripada flora kulit normal memakan minyak kulit pada kulit kepala. Kulat tidak menyebabkan sebarang masalah pada kulit kepala kebanyakan individu yang sihat. Jumlah populasi Malassezia yis adalah lebih tinggi di kepala berkelumumur berbanding kulit kepala tidak berkelemumur, ini menunjukkan bahawa yis Malassezia berperanan mencetuskan pengelupasan sisik kulit secara berlebihan pada kulit kepala. Lebih banyak kajian diperlukan untuk memberikan pemahaman yang lebih baik akan peranan pathophysiologi yis Malassezia terhadap kelemumur pada sesetengah individu.

kelemumur
Kelemumur Boleh Jadi Kulat Kulit Kepala 5

Punca terjadinya kelemumur

Menurut laman Hello Doctor, banyak punca yang boleh menyebabkan kelemumur. Sama seperti kulit di kawasan lain, kulit kepala anda melalui proses berterusan untuk sel-sel kulit tumbuh dan tanggal. Pada orang yang mempunyai masalah ini, proses ini berlaku pada kadar yang lebih cepat.

Minyak yang dihasilkan oleh kulit kepala anda menyebabkan sel-sel mati melekat bersama, membentuk kepingan putih. Keadaan ini boleh dicetuskan oleh banyak perkara, termasuk:

  • Dermatitis

Seborrheic dermatitis mungkin punca kelamumur yang paling biasa. Apabila anda mempunyai  seborrheic dermatitis, kulit kepala anda menjadi kemerah-merahan, gatal dan berminyak ditutup dengan serpihan kepingan putih atau kuning.

Selain kulit kepala, kawasan lain dengan banyak kelenjar minyak juga boleh terjejas alis mata bahagian hidung, tulang dada, pangkal paha, dan ketiak).

  • Malassezia

Malassezia adalah kulat seperti fungus yang dapat dijumpai di kulit kepala kebanyakan orang.

  • Produk penjagaan rambut

Produk penjagaan rambut anda kadang-kadang boleh merengsa kulit kepala anda dan menyebabkan kulit kepala gatal dan kel3mumur berkuping.

  • Kebersihan rambut yang tidak terjaga

Sekiranya anda tidak membasuh rambut anda dengan kerap, minyak dan sel kulit mati boleh membina dan memicu maslaah kelemumur.

Jenis-jenis kulat yang menjangkiti kulit kepala

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat dua ( 2 ) genera dermatophytes yang boleh menjangkiti kulit kepala:

Contoh Microsporum spesies

  • M.canis
  • M.audouinii     

 Contoh Trichophyton species

  • T. schoenleinii
  • T. tonsurans

Jenis-jenis jangkitan kulat di rambut yang disebabkan oleh dermatophytes :

Secara umumnya, terdapat 2 jenis jangkitan kulat di rambut iaitu :

  1. Endothrix : Invasi elemen kulat terutamanya arthrospores ke dalam batang rambut.
  2. Endo-Ectothrix : Invasi elemen kulat iaitu hyphae dalam batang rambut dan pertumbuhan arthrospores dan / atau hyphae di sekitar batang rambut. Contoh dermatophytes ialah Microsporum canis.

Jangkitan kurap kulit kepala yang disebabkan oleh Microsporum canis

Microsporum canis menyebabkan ‘ gray patch tinea capitis’. Ia adalah jangkitan ‘ectothrix’ rambut. Arthrospores ( spora kulat) tumbuh mengelilingi batang rambut.

Jangkitan kurap kulit kepala yang disebabkan oleh Trichophyton schoenleinii

Trichophyton schoenleinii menyebabkan jangkitan rambut jenis ‘favus’. Keruping kuning tebal membentuk dalam folikel rambut dan terdiri daripada elemen hyphae kulat . Jangkitan boleh  menyebabkan alopecia.

Rawatan kulat kulit kepala

Untuk Kawalan Jangkitan kulat pada kulit kepala yang seharusnya dibuat adalah:

  • Dapatkan nasihat doktor kulit untuk rawatan.
  • Amalkan kebersihan diri dan kebersihan rambut.
  • Jangan berkongsi tuala dan sikat.
kelemumur
Kelemumur Boleh Jadi Kulat Kulit Kepala 6

Penutup

Penjagaan rambut sangat penting kepada kita. Jika rambut tidak dijaga dengan sebaiknya, itulah yang menjadikan rambut rosak, penuh kelemumur, gugur, putus, berbau dan sebagainya. Pastikan masukkan juga produk penjagaan rambut dalam list wajib anda supaya rambut sentiasa kemas, bersih dan segar. Produk-produk ini banyak boleh didapati di rangkaian farmasi, drug store dan juga belian online.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More