Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Biskut Nestum Ranggup Dan Sangat Rapuh

Berikut adalah perkongsian resepi mudah untuk membuat biskut nestum yang pasti akan menjadi biskut kegemaran ramai di hari raya nanti.

Isi Kandungan

Resepi Biskut Nestum

Resepi biskut nestum ini adalah perkongsian resepi daripada Che Nom.

Resepi Biskut Nestum Ranggup Dan Sangat Rapuh 1
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi terkini daripada Che Nom.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat biskut nestum ini, adalah seperti berikut:

Resepi Biskut Nestum Ranggup Dan Sangat Rapuh 2
Biskut Nestum
Bahan Untuk BiskutBahan Untuk Hiasan
1. 125 gram Mentega (Premium Anchor Butter)
2. 1/2 cawan Gula Kastor
3. 1 sudu teh Esen Vanilla
4. 1 biji Telur
5. 1 cawan Tepung Gandum
6. 1 1/2 sudu teh Serbuk Penaik
7. 1 cawan Nestum Original, kisar halus
8. 1 cawan Nestum Original, tak perlu kisar
1. Ceri Merah atau Hijau, hiris kecil
2. Sedikit Nestum Original, tabur diatas pinggan untuk salutan doh
Biskut Nestum

Cara Penyediaan

Cara-caranya adalah seperti yang berikut:

  1. Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk nestum kisar dan juga nestum yang tak kisar.
  2. Dalam mangkuk berasingan, pukul mentega (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.
  4. Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut.
  5. Rehatkan doh seketika.
  6. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil). Gulingkan doh di atas nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan mentega.
  7. Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri.
  8. Akhir sekali, bakar pada suhu 175 °C, selama 15 hingga 20 minit.

Tips Hasilkan Biskut Nestum Yang Ranggup

  • Pastikan anda rehatkan doh seketika, boleh juga rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 10 minit.
  • Tidak mengapa jika doh agak melekit pada mulanya. Selepas direhatkan, doh akan menjadi lebih senang diuli.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana!

Artikel Berkaitan: Resepi Biskut Almond London, Resepi Biskut SemperitResepi Biskut Coklat Chip.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More