Kadar Dividen SSPN Bagi Tahun 2023/2024
Berikut dikongsikan mengenai dividen SSPN bagi tahun 2023/2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan
Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2023
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun kewangan 2023 adalah sebanyak 3.60 peratus.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata ia akan memberi manfaat kepada 6.52 juta pendeposit akaun Simpan SSPN dan membabitkan anggaran peruntukan RM357.65 juta.
Katanya, pemberian dividen lebih tinggi ini sekali gus menunjukkan kecekapan PTPTN dalam pengurusan dana simpanan dengan efektif berlandaskan tadbir urus cemerlang, berintigriti dan strategik bagi memastikan pulangan optimum kepada pelanggan.
Untuk makluman dividen Simpan SSPN bagi tahun kewangan 2023 adalah 3.60% dan dividen ini akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.
Tarikh Semakan Pengagihan Dividen SSPN Tahun 2023
Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN yang berstatus aktif semasa proses agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.
Pendeposit Simpan SSPN boleh membuat semakan agihan dividen pada penyata simpanan masing-masing secara dalam talian di Portal Rasmi SSPN atau aplikasi myPTPTN mulai 6 April 2024 (Sabtu).
Semakan Penyata Simpan SSPN
Laman web SSPN Online dibangunkan oleh PTPTN untuk memudahkan pendeposit untuk membuat semakan penyata, penambahan deposit dan lain-lain.
Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui Portal Rasmi SSPN mulai 6 April 2024. Sila layari Portal Rasmi SSPN untuk membuat semakan.
Anda boleh rujuk panduan dibawah untuk membuat pendaftaran kali pertama.
Bagi anda yang belum mempunyai akaun SSPN dan berminat untuk mendaftar untuk anak-anak, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi SSPN.
- Klik butang daftar. Anda boleh memilih sama ada untuk mendaftar akaun SSPN-i Plus atau SSPN Plus.
- Isikan maklumat anda selengkapnya.
- Masukkan kata laluan. Kata laluan sebaiknya merangkumi huruf besar, huruf kecil dan nombor, [Contoh: Sspn123456].
- Sila sahkan kata laluan yang digunakan.
- Sila masukkan kata laluan yang telah dibuat semasa pendaftaran dilakukan.
- Setelah berjaya log masuk, pendeposit boleh terus membuat semakan berkenaan akaun SSPN.
Jika anda telah mendaftar SSPN Online, sila klik “Semakan Penyata” untuk akses penyata SSPN anda.
Semakan juga boleh dilakukan secara manual dengan hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.
Sejarah Kadar Dividen Tahun Lalu Simpan SSPN
Dividen pada tahun 2023 telah naik 0.55 peratus berbanding tahun 2022 yang lalu.
Berikut adalah kadar dividen Simpan SSPN yang diumumkan pada tahun 2022 dan tahun-tahun sebelumnya.
Tahun | Kadar Dividen Simpan SSPN |
---|---|
2017 | 4.00 % |
2018 | 4.00 % |
2019 | 4.00 % |
2020 | 4.00 % |
2021 | 3.00 % |
2022 | 3.05 % |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Dividen SSPN ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!