Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Leukemia

Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang terhasil dari sum-sum tulang.   Sum-sum tulang merupakan satu organ penghasilan darah yang terdapat di dalam tulang manusia.  Sel darah putih pula berfungsi sebagai agen bagi melawan penyakit.

Leukemia 1

Sel-sel ini berupaya membiak dengan cepat dan hidup lebih lama.  Ia mampu menghapuskan fungsi sum-sum tulang dan menghalang penghasilan sel-sel darah yang normal. Ia akan mengakibatkan kesukaran pada tubuh badan bagi melawan jangkitan penyakit, mengawal pendarahan serta pengaliran oksigen di dalam darah.

Terdapat 2 jenis leukemia yang utama :-

  • Acute Leukaemia – sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas
  • Chronic Leukaemia – sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan

Isi Kandungan

#Gejala Leukemia

  • Sistem imun terjejas 

Pesakit mungkin akan lebih mudah dan kerap mengalami jangkitan penyakit seperti demam yang berpanjangan.  Ini akan terjadi apabila sel darah putih yang sepatutnya melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit sudah tidak berfungsi dengan baik.

  • Pembekuan darah yang sangat perlahan 

Apabila sel darah putih sebagai agen pembekuan darah terpisah daripada platelet darah merah, maka pembekuan darah tidak dapat berlaku dengan sempurna.  Contohnya, jika pesakit mengalami luka, luka tersebut akan lambat sembuh.

Pesakit juga mudah lebam dan mengalami bintik-bintik merah pada kulit.

  • Penurunan berat badan

Penurunan berat badan disebabkan oleh pembengkakan hati (hepatomegaly) atau pembengkakan limpa (splenomegaly).  Ia akan menjadikan pesakit mudah berasa kenyang walaupun mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan mengakibatkan penurunan berat badan yang ketara.

  • Anemia –

Pesakit mungkin akan mengalami anemia, disebabkan oleh kekurangan sel darah merah.  Ia boleh membawa kepada kesukaran bernafas dan muka menjadi pucat.

  • Sakit kepala – 

Sakit kepala di kalangan pesakit leukemia mungkin disebabkan oleh sel-sel kanser telah menyerang sistem saraf pusat.

  • Gejala lain –

Pesakit juga mungkin akan selalu mengalami loya, menggigil, berpeluh malam, selesema,  sakit tulang dan sendi serta mudah letih. 

NOTA : Kesemua gejala ini juga mungkin disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lain, disyorkan anda membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu, pengesahan hanya boleh dibuat selepas ujian perubatan dijalankan.

#Penyebab Leukemia

Faktor genetik – beberapa kajian mendapati jika seseorang individu itu mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap leukemia, maka dia juga berisiko tinggi untuk menghidapinya.  Penggunaan ubat atau herba bersesuaian dapat mengurangi risiko tersebut.

  • Jangkitan daripada ibu kepada janin –  ibu yang menghidapi leukemia, kemungkinan besar janin yang dikandung itu juga akan menghidap leukemia, namun ia amat jarang berlaku.
  • HIV – mereka yang mengidapi penyakit HIV berkemungkinan akan membina sel  leukemia di dalam tubuh mereka kerana tubuh badan yang telah lemah melumpuhkan lagi sistem pertahanan tubuh bagi melawan penyakit.
  • Alkylating – Alkylating adalah agen kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser. Pesakit yang pernah menjalani rawatan kemoterapi sebelum ini, berisiko membina sel leukemia disebabkan dari kandungan alkylating yang tinggi. 
  • Pendedahan kepada bahan petrokimia atau benzin – pekerja sektor petroleum yang terdedah dengan bahan petrokimia dalam tempoh masa yang lama sangat berisiko membina sel leukemia pada tubuh mereka,  Ujian saringan kesihatan digalakkan untuk dibuat dengan kerap.
  • Pewarna rambut dan merokok –  kajian mendapati ia menjadi salah satu punca utama kepada permasalahan leukemia.
  • Sindrom down – Penyelidik mendapati mereka dengan sindrom down yang mempunyai kromosom yang tidak normal mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi mendapat penyakit ini.

sumber : MyHealth & Infokanser

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More