Diabetes Mellitus: Simptom, Punca, Risiko & Rawatan Pencegahan
Berikut kami kongsikan pula berkaitan penyakit yang sering berlaku di dalam kalangan kita tidak mengira usia iaitu, diabetes mellitus.
Isi Kandungan
Apa Itu Diabetes Mellitus?
Diabetes mellitus adalah penyakit di mana terdapat terlalu banyak glukosa (gula) dalam darah akibat insulin yang terlalu sedikit atau tidak berkesan.
Ia disebabkan oleh kekurangan hormon yang dipanggil insulin yang dihasilkan oleh organ dalam badan kita yang dipanggil pankreas.
Insulin mengawal keseimbangan glukosa dalam badan dengan membantu glukosa bergerak dari aliran darah ke dalam sel badan.
Jika anda menghidap diabetes, glukosa tidak boleh masuk ke dalam sel badan dan ia kekal dalam darah sehingga menyebabkan paras glukosa darah tinggi.
Terdapat 2 jenis utama diabetes mellitus, iaitu
- Diabetes mellitus Jenis 1 (DM Jenis 1).
- Diabetes mellitus Jenis 2 (DM Jenis 2).
DM Jenis 1 adalah bentuk diabetes yang paling biasa di kalangan kanak-kanak dan dewasa muda, membentuk > 90% daripada semua kes diabetes mellitus.
Insiden diabetes berbeza-beza antara negara dan masyarakat. Di Malaysia, dianggarkan kurang daripada 1%.
Orang dewasa biasanya mendapat DM Jenis 2 tetapi kini dengan wabak obesiti di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat DM jenis ini.
Punca / Faktor Risiko
Punca diabetes kanak-kanak adalah tidak difahami kerana ia mungkin melibatkan gabungan gen dan faktor persekitaran.
DM Jenis 1: Kanak-kanak dan orang muda biasanya mendapat DM Jenis 1. Ia adalah keadaan autoimun di mana sistem imun badan ‘menyerang’ salah satu tisu atau organ badan sendiri.
DM Jenis 2: Pada kanak-kanak ia dilaporkan lebih kerap di banyak negara berkaitan dengan peningkatan kadar obesiti. Punca lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas sebagai permulaan kematangan diabetes di kalangan muda (MODY).
Apakah Masalah Yang Boleh Menyebabkan Diabetes Mellitus?
Permulaan komplikasi bergantung pada tempoh dan kawalan diabetes. Komplikasi ini mungkin hanya nyata di kemudian hari.
Doktor akan memberitahu sama ada diabetes anak anda dikawal dengan baik atau tidak apabila anak anda pergi untuk pemeriksaan biasa.
Kawalan gula dalam darah yang baik akan mengurangkan atau melambatkan perkembangan komplikasi berikut yang melibatkan pelbagai organ / sistem yang sebahagiannya mungkin nyata hanya semasa dewasa.
Organ | Komplikasi |
---|---|
Buah Pinggang | Kegagalan buah pinggang. |
Mata | Buta. |
Jantung | Serangan jantung, strok. |
Salur Darah | Tekanan darah tinggi, peningkatan paras lipid (lemak). |
Sistem Saraf | Masalah deria. |
Organ Pembiakan | Mati pucuk (sebagai orang dewasa). |
Kaki | Kaki kencing manis (sebagai orang dewasa). |
Kulit | Jangkitan kulit berulang seperti karbunkel, abses. |
Komplikasi ini boleh bermula selepas akil baligh. Doktor akan merancang jadual yang diperlukan untuk ujian darah dan air kencing untuk mengesan komplikasi.
Simptom-Simptom
Gejala-gejala DM Jenis 1 biasanya hadir satu atau lebih minggu sebelum kanak-kanak benar-benar sakit.
Kanak-kanak mungkin akan mengalami aduan seperti berikut:
- Kerap buang air kecil dan berlebihan (siang dan malam).
- Dahaga yang berlebihan.
- Pengurangan berat.
- Keletihan dan kurang tenaga.
Enuresis malam (mengompol) selepas tempoh latihan tandas yang mencukupi dengan kekeringan dipanggil enuresis sekunder. Jika anak anda mengalami masalah ini, diabetes harus disyaki.
Gejala tambahan yang biasa untuk kanak-kanak ialah:
- Sakit perut dengan atau tanpa muntah.
- Sakit kepala.
- Masalah tingkah laku.
- Kecenderungan untuk mendapat jangkitan terutamanya pada kulit.
Jika simptom di atas tidak dikesan lebih awal, kanak-kanak mungkin mengalami keadaan ketoasidosis diabetik atau diabetic ketoacidosis (DKA).
Apakah Ketoasidosis Diabetik?
Ketoasidosis Diabetik adalah situasi kecemasan di mana kanak-kanak mempunyai paras gula darah yang sangat tinggi dengan pernafasan yang cepat dan mungkin mengantuk atau koma.
Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera. Anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cecair.
DM Jenis 2 berlaku pada kanak-kanak yang lebih tua pada masa akil baligh atau lebih lewat daripada itu.
Ibu bapa mungkin tidak tahu bahawa anak mereka menghidap DM Jenis 2 kerana simptomnya adalah ringan berbanding dengan DM Jenis 1.
Rawatan Pencegahan
Bolehkah diabetes mellitus dicegah?
Sebenarnya, tiada langkah pencegahan yang jelas dalam DM jenis 1. Untuk DM jenis 2, adalah disyorkan agar anda menjalani gaya hidup sihat.
Kanak-kanak yang menghidap diabetes terutamanya jika ia tidak dikawal dengan baik, ia mungkin akan mengalami komplikasi serius dalam jangka masa panjang. Mereka memerlukan program pemulihan yang melibatkan ahli fisioterapi dan ahli terapi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Artikel Berkaitan: Penyakit Dyslexia Pada Kanak-Kanak, 3 Fasa Chicken Pox Ibu Bapa Perlu Tahu, Carpal Tunnel Syndrome Yang Kita Perlu Tahu.