Proses e-KYC: Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 Keatas
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai cara untuk mendaftar i-Akaun melalui e-KYC bagi syarat pengeluaran Akaun 3 KWSP yang terkini.
Isi Kandungan
Apa Itu e-KYC?
Proses e-KYC, singkatan kepada ‘electronic Know-Your-Customer’, merujuk kepada proses pengesahan identiti elektronik melalui teknologi pengecaman wajah melalui aplikasi KWSP i-Akaun.
Proses ini diperlukan untuk mengesahkan identiti pemohon sebelum mengaktifkan akaun ahli KWSP.
Pencarum juga boleh menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.
Proses ini membolehkan institusi kewangan dan syarikat memastikan pematuhan terhadap peraturan pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan mengelakkan risiko penipuan.
Selain itu, proses ini juga memberi kemudahan kepada pelanggan dengan mempercepatkan proses pendaftaran dan meminimumkan keperluan untuk mengunjungi pejabat fizikal untuk pengesahan identiti.
Faedahnya adalah seperti berikut:
Keselesaan | Pemohon boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu ke Pejabat KWSP untuk mendaftar menjadi ahli KWSP. |
Kesederhanaan | Proses ini menghapuskan keperluan untuk menyerahkan borang fizikal dan dokumen sokongan. |
Kecekapan | Hasil yang diperoleh dalam masa nyata. |
Siapa Boleh Menggunakan Kemudahan Ini?
Keperluan adalah untuk:
- Masih belum mendaftar sebagai ahli KWSP.
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
- MyKad atau Pemegang MyPR.
- Berumur antara 14 tahun dan belum mencapai umur 75 tahun.
Siapa Yang Perlu Membuat e-KYC?
Ahli-ahli KWSP yang perlu membuat e-KYC adalah seperti berikut:
- Ahli yang tidak pernah mempunyai rekod pengeluaran.
- Ahli yang baru pertama kali memohon untuk pengeluaran,
- Ahli yang memohon pengeluaran Akaun 3 (Akaun Fleksibel) lebih daripada RM250 sehari.
- Ahli yang membuat penukaran nombor akaun bank selain daripada akaun bank yang ada di dalam rekod data KWSP.
Pengeluaran melebihi RM250 bagi Akaun Fleksibel perlu melengkapkan proses e-KYC secara dalam talian. Secara alternatif, kunjungi pejabat KWSP / SST untuk pengesahan cap ibu jari.
Sistem KWSP akan meminta anda untuk mengupload MyKad. Jika upload MyKad anda tidak berjaya, maka anda perlu hadir untuk cap jari di KWSP berdekatan.
Cara Mendaftar i-Akaun Melalui e-KYC
Langkah-langkah untuk mendaftar adalah seperti berikut:
Langkah 1 | Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun dan klik butang Daftar Sekarang. |
Langkah 2 | Imbas dan sahkan gambar Mykad anda. |
Langkah 3 | Kemas kini maklumat yang dinyatakan. |
Langkah 4 | Masukkan nombor telefon anda untuk meneruskan TAC dan klik Teruskan. |
Langkah 5 | Ambil swafoto dan klik Teruskan. |
Langkah 6 | Cipta ID Pengguna dan Kata Laluan. Kemudian, klik Teruskan. Tahniah! i-Akaun KWSP anda berjaya diaktifkan! |
Anda juga boleh merujuk langkah-langkah mendaftar dalam infografik berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat terkini tentang e-KYC ini, sila rujuk laman rasmi KWSP berkaitan e-KYC dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.