Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan BUDI MADANI 2024: MOHON SEKARANG

Bantuan BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

​Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

bantuan budi madani
Bantuan BUDI MADANI 2024: MOHON SEKARANG 3

Isi Kandungan

Bantuan BUDI MADANI individu

Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.

Menurut akhbar Harian Metro, Pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak termasuk dalam kalangan petani kecil dan pekebun kecil boleh membuat permohonan Program Bantuan Subsidi Madani atau Budi Madani yang akan dibuka mulai 28 Mei 2024. 

Pelaksanaan ini susulan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu berhubung keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel membabitkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan berkata, pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori Budi Individu sementara petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori Budi Agri-Komoditi.  

MOF berkata, penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori akan disalurkan Budi Madani sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Bantuan BUDI MADANI Agro Komoditi

Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.

bantuan budi madani
Bantuan BUDI MADANI 2024: MOHON SEKARANG 4

MySubsidi Diesel

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ialah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui “fleet card”.

Cara Memohon

Permohonan dibuka bermula 28 Mei 2024 dan terbuka kepada semua rakyat yang layak. Cara memohon boleh boleh layari laman rasmi Program Bantuan Subsidi Madani iaitu BUDI dan tekan permohonan dengan secara online sahaja.

Pemohon yang layak dinasihati untuk melengkapkan permohonan sebelum 3 Jun 2024 untuk menerima BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan pada pertengahan Jun 2024.

Antara syarat BUDI MADANI

Antara syarat permohonan (Budi Madani) adalah individu atau pertubuhan perlu berdaftar dengan KPKM melalui Sistem Pendaftaran GeoAgro dan julat pendapatan kasar tahunan daripada nilai jualan hasil pertanian dari RM50,000 hingga RM300,000.

Penutup

Ayuh sama-sama kita mohon bantuan BUDI MADANI yang disediakan oleh kerajaan ini. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat yang memerlukan. Matlamat utama kerajaan menyasarkan subsidi diesel adalah untuk memastikan kemampanan ekonomi negara. Penyasaran ini diharap dapat mengurangkan ketirisan aktiviti penyeludupan, dan pada masa sama, mengurangkan impak kepada kos sara hidup rakyat.

Selain bantuan BUDI MADANI ini, rakyat juga boleh memohon bantuan lain iaitu bantuan Dana Sejati MADANI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More