Sumber Rujukan Globalisasi Anda

YTP MARA 2024: Mohon Biasiswa Sekarang!

YTP MARA 2024 adalah sebuah program Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah untuk pelajar cemerlang dan berkelayakan lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi mengikuti pengajian di bawah program Pembangunan Bakat Muda / Young Talent Development Programme (YTP) bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara dan universiti luar negara yang terpilih mengikut bidang tertentu.

Isi Kandungan

Syarat permohona YTP MARA 2024

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN YTP MARA 2024

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

SYARAT UMUM:

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU ba bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 tidak melebihi 20 tahun.
  • Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  • Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1). Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran YTP.
ytp mara 2024
YTP MARA 2024: Mohon Biasiswa Sekarang! 3

SYARAT KHUSUS:

  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2023.
  • Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan program yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih.
  • Proses temuduga hanya melibatkan kursus laluan luar negara dan kursus tertentu dalam negara. Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temuduga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal disenarai pendek menghadiri temuduga.
  • Sebarang hebahan berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui e-mel.

Tatacara Permohonan

  1. Permohonan dibuka secara dalam talian (online) sahaja mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Tiada permohonan secara manual/borang.
  2. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem MyEduloan : https://educationloan.mara.gov.my bermula 27 Mei 2024 (Isnin) sehingga 10 Jun 2024 (Isnin), 12.00 tengah hari.
  3. Pemohon perlu membaca, meneliti dan memahami manual Garis Panduan Permohonan, Panduan Permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) sebelum mengisi maklumat. Maklumat hendaklah diisi dengan lengkap sebelum dihantar.
  4. Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem MyEduloan adalah seperti yang tertera dalam Panduan Permohonan program.
  5. Permohonan YTP MARA 2024 yang telah dihantar TIDAK boleh diubah dan dikemaskini.
  6. Cetakan ‘slip pengesahan permohonan telah dihantar’ menunjukkan permohonan telah dibuat. Slip pengesahan tersebut tidak bermaksud bahawa permohonan yang dihantar adalah lengkap dan layak diproses. Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di sistem MyEduloan.
  7. Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat/kriteria yang telah ditetapkan atau/dan lewat adalah tidak layak dan tidak akan diproses.
  8. Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di e-mel pemohon yang telah didaftar dan di sistem MyEduloan.
  9. MARA pada bila-bila masa boleh membuat sebarang perubahan kepada tawaran permohonan ini termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu memberikan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.
  10. MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman tanpa memberikan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu sekiranya didapati perlu atau/dan pemohon memberi maklumat palsu.
ytp mara 2024
YTP MARA 2024: Mohon Biasiswa Sekarang! 4

Pertanyaan YTP MARA 2023

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui:

  • E-mel dari pukul 09.00 pagi hingga pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat)
  • Mengenai program, sila e-mel ke : [email protected]
  • Mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected]
  • Garis panduan permohonan YTP MARA 2024 boleh terus klik DI SINI.

Semoga semua calon SPM 2023 yang memohon biasiswa YTP MARA 2024 berjaya dan mendapat pendidikan yang cemerlang hingga ke akhirnya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More