Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 Simptom Utama Slip Disc, Sakit Belakang Yang Perlu Ambil Peduli

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai penyakit Slip Disc yang kebiasaanya banyak berlaku di dalam kalangan kita di Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Slip Disc?

Slip Disc ialah anjakan nukleus pulposus dari bahagian tengah cakera yang mungkin menyebabkan anggota badan menjadi kebas atau lemah.

Slip Disc pada tulang belakang juga dikenali sebagai Prolapsed intervertebral disc (PID).

Slip Disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosis biasa di kalangan pesakit sakit belakang.

Slip Disc mungkin dipengaruhi oleh perubahan degeneratif cakera tulang belakang disebabkan oleh faktor mekanikal, trauma, nutrien dan genetik.

Slip Disc pada tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh faktor yang membawa kepada anjakan nukleus, rawan tulang apophyseal dan tisu anulus.

Sakit belakang boleh dikelaskan kepada 3 peringkat iaitu akut, kronik dan berulang.

Sakit belakang boleh disebabkan oleh:

  • Perubahan cakera intervertebral.
  • Kecederaan otot.
  • Postur yang tidak betul.
  • Patah tulang belakang – jarang berlaku.
3 Simptom Utama Slip Disc, Sakit Belakang Yang Perlu Ambil Peduli 1

Simptom-Simptom & Komplikasi

Gejala-gejala utama Slip Disc adalah seperti berikut:

  1. Sakit Belakang.
  2. Sciatica (sakit yang dirujuk dan kelemahan anggota badan terutamanya anggota bawah).
  3. Sindrom Cauda Equina (tidak dapat mengawal pergerakan pundi kencing dan usus) – jarang berlaku.

Kesannya, ia akan menghadkan aktiviti harian kerana kesakitan.

Cara Pencegahan

Pastikan postur yang betul semasa berbaring, berjalan, duduk, berdiri atau semasa melakukan aktiviti harian dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

Barbaring– Pilih bantal yang padat. Ini akan menyokong tulang belakang dengan lebih baik.
– Kedudukan baring adalah baring sisi dengan tubuh dibengkokkan sedikit ke hadapan dan bantal diletakkan di antara lutut.
Berjalan– Pakai kasut yang selesa dengan kasut tumit rendah.
Duduk– Gunakan kerusi dengan sandaran belakang yang boleh menyokong belakang.
– Gunakan bantal kecil atau gulungan lumbar untuk menyokong belakang.
Berdiri– Jika berdiri untuk masa yang lama, rehatkan kaki secara bergilir-gilir di atas bangku yang kecil.
– Teknik mengangkat atau membawa yang betul.
– Lakukan senaman dengan kerap.
– Jaga berat badan.
– Meningkatkan kecergasan badan secara am.

Cadangan Pemulihan

Antara cadangan-cadangan pemulihan yang boleh dilakukan oleh pesakit Slip Disc yang dicadangkan oleh MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut:

Contoh PemulihanCara-Caranya
Pengurusan Kesakitan1. Pek ais – pengurusan kesakitan akut.
Caranya: balut pek ais dengan tuala basah dan letakkan di tempat sakit selama 15 minit.
Seharusnya tiada salap (no ointment) digunakan pada tapak sakit sebelum meletakkan pek ais
2. Pek panas – pengurusan sakit kronik dan berulang.
Caranya: balut pek panas dengan jumlah tuala yang mencukupi (tidak terlalu panas) dan letakkan di tempat sakit selama 20 minit. Seharusnya tiada salap (no ointment) digunakan pada kulit.
Program Senaman Sakit Belakang1. Kecondongan Pelvik
– Kedudukan adalah baring di atas permukaan yang rata.
– Caranya adalah kecutkan otot perut, tekan bahagian belakang ke lantai. Teruskan bernafas seperti biasa, tahan pengecutan perut selama lima saat.
– Ulang sebanyak 5 kali.
2. Berguling Pinggul
– Kedudukan adalah baring di atas permukaan rata, dengan kedua-dua lutut bengkok.
– Caranya adalah letakkan kedua-dua tangan di atas bahu. Pusingkan kepala ke sebelah kanan, pusingkan kedua lutut ke sebelah kiri.
– Ulang sebanyak 5 kali.
3. Senaman Bawah Perut
– Kedudukan adalah baring di atas permukaan rata, dengan kedua-dua lutut bengkok
– Caranya adalah bawa lutut kanan ke dada dan tahan selama 5 saat. Ulang pada kaki kiri. Kemudian, angkat kaki kanan ke atas dengan kedudukan lutut lurus. Kemudian, turunkan perlahan-lahan. Ulangi pada kaki kiri.
– Ulangi sekurang-kurangnya 5 kali.
4. Kucing Dan Unta
– Kedudukan adalah melutut.
– Caranya adalah lengkungkan punggung ke bawah secara perlahan dengan kepala menghala ke atas. Kemudian, kecutkan otot perut dan perlahan-lahan melengkungkan punggung ke atas dan kepala menghala ke bawah.
– Ulang sebanyak 5 kali.
5. Sambungan Pinggul
– Kedudukan adalah melutut.
– Caranya adalah bawa satu lutut ke hadapan dan kemudian ke belakang, luruskan lutut (kaki hendaklah selari dengan lantai). Kemudian, bawa lutut kembali ke kedudukan awal dan lakukan sekali lagi pada lutut yang satu lagi.
– Ulang sebanyak 5 kali.
Senaman Penstabilan Lumbar– Kedudukan adalah baring di atas permukaan rata dengan kedua-dua lutut dibengkokkan.
– Luruskan lutut kanan, kecutkan otot perut dan kekalkan badan dalam jajaran neutral. Kemudian angkat kaki kanan 12 inci dari lantai dan tahan selama 3 saat. Kemudian perlahan-lahan turunkan kaki kanan ke lantai. Lakukan sekali lagi pada kaki kiri.
– Ulang sebanyak 5 kali.

Selain itu, jika didiagnos mengalami Slip Disc kebiasaanya pakar perubatan akan mencadangkan untuk pesakit membuat fisioterapi. Objektif fisioterapi adalah:

  • Untuk mengurangkan kesakitan.
  • Untuk menguatkan otot belakang dan perut.
  • Untuk mengekalkan julat pergerakan badan.
  • Untuk meningkatkan julat pergerakan badan.
  • Untuk membantu pesakit untuk melakukan aktiviti harian mereka secara bebas tanpa rasa sakit.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Artikel Berkaitan: Diabetes Mellitus Tidak Mengira UsiaPenyakit Dyslexia Pada Kanak-Kanak3 Fasa Chicken Pox Ibu Bapa Perlu TahuCarpal Tunnel Syndrome Yang Kita Perlu Tahu.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More