Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Yayasan Angkasawan Negara (YAN): Buka Peluang Pelajar SPM 2023 Jadi Doktor

Yayasan Angkasawan Negara (YAN) membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM 2023 untuk jadi doktor dengan pembiayaan penuh dari pihak yayasan dengan kerjasama MARA. Yayasan Angkasawan Negara (YAN) ditubuhkan pada 28 January 2021 adalah bertujuan membantu para pelajar mendapatkan peluang untuk belajar.

yayasan angkasawan negara
Yayasan Angkasawan Negara (YAN): Buka Peluang Pelajar SPM 2023 Jadi Doktor 4

Isi Kandungan

5 fakta Yayasan Angkasawan Negara

  1. YAN menyasarkan seramai 300 pelajar B40 untuk menyertai program Satu Keluarga Satu Profesional dalam tempoh lima tahun akan datang.
  2. Ia adalah inisiatif yayasan berkenaan dan Kolej Universiti Manipal Malaysia (MUCM) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA).
  3. Pelajar yang layak akan menerima pinjaman boleh ubah bagi membiayai yuran pengajian dalam bidang perubatan atau pergigian di MUCM selain menerima elaun bulanan bagi meringankan beban mereka.
  4. Program ini memberi fokus kepada pelajar Melayu dan bumiputera dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan dan ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan atau pergigian.
  5. Pelajar bidang perubatan atau pergigian yang memperoleh pinjaman berkenaan dan berjaya lulus pengajian dalam tempoh lima tahun tidak perlu membayar semula pembiayaan tersebut.

Biasiswa Yayasan Angkasa Tawar Biasiswa Penuh Untuk Jadi Doktor

Seperti yang dikongsi menerusi laman facebook Angkasawan Negara, Sheikh Muszaphar Shukor, YAYASAN ANGKASAWAN NEGARA dengan kerjasama Manipal University College Malaysia (MUCM) menawarkan kepada pelajar lepasan SPM 2023/2024 yang bercita-cita menjadi DOKTOR PERUBATAN (MBBS) atau DOKTOR PERGIGIAN (BDS).

yayasan angkasawan negara
Yayasan Angkasawan Negara (YAN): Buka Peluang Pelajar SPM 2023 Jadi Doktor 5

Yayasan Angkasawan Negara dan Manipal University College Malaysia (MUCM) menawarkan biasiswa penuh iaitu yuran pengajian dan yuran hostel diperingkat asasi sains (FIS). Pihak yayasan juga akan menyediakan kuota MBBS/BDS di MUCM kepada anda di peringkat ijazah apabila anda tamat Asasi Sains (FIS) bersama kami dan kami juga akan membantu anda untuk mendapatkan pembiayaan di peringkat MBBS/BDS.

Ayuh rebut peluang ini menyambung pengajian FIS (ASASI SAINS) bersama yayasan ANGKASA.

  • Pengajian selama 1 tahun di MUCM Melaka
  • Syarat Minimum SPM
  • Minimum : Gred B dalam setiap subjek FIZIK ,KIMIA ,BIOLOGI,
  • BAHASA INGGERIS dan MATEMATIK MODEN atau MATEMATIK TAMBAHAN
  • Sila isi borang maklumat dan keputusan SPM di QR yang disediakan
  • Pihak yayasan akan membuat semakan dan memberi anda link borang permohonan rasmi melalui whatsapp sekiranya anda melepasi syarat minimum dan layak memohon.
  • Tarikh tutup permohonan : 6 JUN 2024
  • TEMPAT TERHAD
yayasan angkasawan negara
Yayasan Angkasawan Negara (YAN): Buka Peluang Pelajar SPM 2023 Jadi Doktor 6

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan boleh terus hubungi nombor tertera di bawah:

  • Sila whatsapp (En.Wizanie) 012-7953055
  • Layari laman rasmi Yayasan Angkasawan Negara.
  • Pastikan anda mengisi borang maklumat dan keputusan SPM di QR yang disediakan
  • Alamat Pejabat: SUITE 09-09 9TH FLOOR PLAZA 138, NO 138 JALAN AMPANG W.P KUALA LUMPUR, KUALA LUMPUR, 50450 Malaysia
  • Alamat Email: [email protected]

Penutup

Selain kerjasama dengan Yayasan Angkasawan Negara (YAN) ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk memohon biasiswa MARA sendiri iaitu di bawah program Young Talent Development Program (YTP). Makluman lanjut tentang program boleh klik di SINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More