Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Tunai BUDI Agri-Komoditi RM200 Sebulan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan bantuan BUDI Agri-Komoditi untuk tahun 2024 yang kini sedang dibuka.

Isi Kandungan

Apa Itu BUDI Agri-Komoditi?

BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel.

Kategori ini adalah khusus untuk Petani Kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan Pekebun Kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Permohonan Bantuan Tunai BUDI Agri-Komoditi RM200 Sebulan 1
BUDI Agri-Komoditi

Syarat Kelayakan Permohonan

Kriteria-kriteria kelayakan bantuan penyasaran subsidi diesel sektor pertanian dan perladangan ini adalah seperti berikut:

PetaniPekebun Kecil
1. Warganegara Malaysia.
2. Individu / Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui Sistem Pendaftaran GeoAgro atau telah berdaftar dengan agensi berkaitan, iaitu:
– Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi).
– Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
– Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan).
3. Individu / Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan
menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
4. Memohon secara dalam talian (online) di Portal BUDI MADANI termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
1. Warganegara Malaysia.
2. Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia.
3. Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi / jenis tanaman seperti berikut:
– Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah.
– Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah.
– Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah.
4. Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
5. Memohon secara dalam talian (online) di Portal BUDI MADANI termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
Permohonan Bantuan Tunai BUDI Agri-Komoditi RM200 Sebulan 2

Cara Membuat Permohonan

Selepas membuat pendaftaran dengan KPKM dan KPK, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal BUDI MADANI di pautan berikut:

>>>Permohonan Bantuan BUDI Agri-Komoditi<<<

Permohonan bantuan BUDI Agri-Komoditi kini dibuka bermula 28 Mei 2024.

Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian (online), tetapi pada masa yang sama pemohon boleh hadir ke Jabatan / Agensi KPKM yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengisian borang permohonan.

Semakan Kelayakan & Rayuan Permohonan

Kriteria kelayakan telah ditentukan oleh KPKM bagi petani kecil dan KPK bagi pekebun kecil adalah seperti kelayakan yang telah dinyatakan di atas.

Maklumat lanjut berkenaan status permohonan boleh diperolehi dengan login ke Portal BUDI MADANI dan tekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) pemohon.

Untuk rayuan permohonan, pemohon yang memenuhi kriteria kelayakan perlu berdaftar dengan Kementerian yang berkenaan terlebih dahulu.

Selepas itu, pemohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan baharu (sekiranya belum memohon), atau mengemukakan permohonan rayuan kepada Portal BUDI MADANI atau menghubungi talian bantuan BUDI atau mengemukakan e-mel kepada [email protected].

Permohonan Bantuan Tunai BUDI Agri-Komoditi RM200 Sebulan 3

Jumlah & Tarikh Bayaran

Permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 dan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon pada setiap bulan mulai Jun 2024.

Pembayaran bantuan BUDI Agri-Komoditi akan dilaksanakan secara bulanan dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan kepada pemohon yang layak dari semasa ke semasa.

KPKM dan KPK akan membuat proses verifikasi secara berkala bagi memastikan hanya penerima yang layak menerima bantuan tunai tersebut.

Permohonan yang dibuat sebelum 3 Jun 2024 dan telah diluluskan, akan menerima bantuan tunai pertama menjelang pertengahan Jun 2024 dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Manakala, permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 akan menerima bantuan tunai dalam tempoh dua (2) minggu (bagi bulan Jun 2024) dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Bantuan tunai tersebut akan dikreditkan ke akaun bank individu pada setiap bulan. Bagi individu tanpa akaun bank, boleh mengeluarkan bantuan tunai tersebut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan permohonan bantuan BUDI Agri-Komoditi ini, sila hubungi saluran-saluran berikut:

  • Bagi Petani Kecil: KPKM di talian 03 – 8870 1207 bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat atau e-mel kepada [email protected].
  • Bagi Pekebun Kecil: KPK di talian 03 – 8880 3426 / 03 – 8880 3431 bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat atau e-mel kepada [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More