Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Anugerah Biasiswa PNB Tahun 2024

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan anugerah biasiswa PNB bagi tahun 2024 yang kini sedang dibuka untuk lepasan SPM 2023.

Isi Kandungan

Program Anugerah Biasiswa PNB 2024

Program anugerah biasiswa PNB menyediakan peluang kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi pendidikan di universiti awam, universiti swasta terpilih serta universiti terkemuka di luar negara.

Permohonan kini dibuka kepada calon-calon SPM 2023.

Pemohon yang berjaya akan berpeluang untuk belajar di kolej persediaan tempatan seperti yang ditentukan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara dan ia tertakluk kepada kelulusan PNB.

PNB akan menaja program A-Level dan Sarjana Muda calon-calon di universiti terpilih di UK dan Amerika Syarikat.

Biasiswa ini termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup, dan elaun biasiswa lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Permohonan Anugerah Biasiswa PNB Tahun 2024 1

Apakah Kursus Yang Boleh Digunakan Untuk Biasiswa Ini?

Calon-calon boleh memohon kursus berkaitan

  • Kewangan,
  • Undang-undang,
  • Sains Aktuari,
  • Sains Komputer,
  • Matematik dan Falsafah,
  • Kejuruteraan, dan

mana-mana kursus lain yang berkaitan dengan perniagaan teras PNB, kecuali Perubatan, Pergigian, Farmasi, Teologi, Muzik dan lain-lain.

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon-calon yang ingin membuat permohonan biasiswa PNB ini perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

Minimum 8A (A+ / A) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 / IGCSE baru-baru ini.
Minimum B2 dalam The Common European Framework of Reference for Languages ​​(CEFR).
Anugerah Biasiswa PNB Tahun 2024

Cara Membuat Permohonan

Permohonan anugerah biasiswa PNB ini kini dibuka bermula 25 Mei 2024 sehingga 7 Jun 2024 dan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) pada pautan berikut:

>>>Permohonan Anugerah Biasiswa PNB Tahun 2024<<<

Permohonan Anugerah Biasiswa PNB Tahun 2024 2

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk penilaian selanjutnya.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan anugerah biasiswa PNB ini, sila rujuk laman web rasmi Permodalan Nasional Berhad – PNB Scholarship Award atau hubungi Jabatan Pendidikan di talian +60 3 – 2639 3105 / +60 3 – 2693 4547 atau e-mel [email protected].

Permohonan Anugerah Biasiswa PNB Tahun 2024 3

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More