Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa FGV & Program GDL Tajaan FELDA 2024

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan Program Biasiswa FGV 2024 dan Program Global Digital Leadership (GDL) Tajaan FELDA 2024 untuk lepasan SPM 2023.

Isi Kandungan

Program Biasiswa FGV 2024

Dalam komitmen untuk menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat, FGV kini sedang mencari rakyat Malaysia yang berbakat dan bertujuan untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

Pemohon yang berjaya akan menerima biasiswa penuh untuk mengejar impian akademik mereka di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bereputasi.

Faedah-faedah yang ditawarkan oleh FGV adalah seperti berikut:

  • Yuran Tuisyen.
  • Tiket Penerbangan & Visa.
  • Bantuan Belajar.
  • Elaun Bulanan.
  • Perlindungan Perubatan & Insurans.
  • Bantuan Kos Sara Hidup.
Permohonan Biasiswa FGV & Program GDL Tajaan FELDA 2024 1

Bidang Pengajian

Bidang-bidang pengajian untuk Program Biasiswa FGV 2024 ini adalah seperti berikut:

  • Perakaunan & Kewangan.
  • Pertanian & Agronomi.
  • Pengurusan Perniagaan & Ekonomi.
  • Kejuruteraan & Automasi.
  • Persekitaran, Sosial & Tadbir Urus.
  • Sains & Teknologi Makanan.
  • Hospitality.
  • Teknologi maklumat.
  • Rantaian Bekalan Logistik.
  • Sains & Statistik.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa FGV

Calon-calon yang ingin membuat permohonan Biasiswa FGV 2024 ini perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke bawah.
  3. Lepasan SPM untuk batch 2023.
  4. Mencapai minimum 8A dalam SPM 2023.
  5. Kualiti kepimpinan yang mantap melalui pelbagai jawatan kepimpinan.

Cara Permohonan Biasiswa FGV

Permohonan Biasiswa FGV 2024 ini kini dibuka bermula 21 Mei 2024 sehingga 15 Jun 2024 dan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) pada pautan berikut:

>>>Permohonan Biasiswa FGV Scholarship Programme 2024<<<

Program Global Digital Leadership (GDL) Tajaan FELDA 2024

FELDA juga mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM 2023 yang layak untuk memohon ke Program Global Digital Leadership (GDL) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University (APU) bagi ambilan Sesi 2024.

Menerusi program ini, pelajar akan ditawarkan dengan tawaran-tawaran seperti berikut:

  • Tawaran tajaan peringkat Foundation dan Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU).
  • Elaun sara hidup sepanjang pengajian.
  • Kemudahan penginapan.
  • Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive English Programme.
  • Neuro Linguistic Programming (NLP).
  • Pensijilan IR4.0.
Permohonan Biasiswa FGV & Program GDL Tajaan FELDA 2024 2

Program Pengajian

Program pengajian yang ditawarkan di bawah tajaan penuh FELDA 2024 ini adalah seperti berikut:

Program PengajianTempoh PengajianBidang Pengkhususan
Bahasa Antarabangsa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea)3 Bulan
Foundation (Computing & Technology)12 Bulan
Ijazah Sarjana Muda (School of Computing & Technology)36 BulanBidang pengkhususan seperti Cyber Security, Big Data, loT, FinTech, Computer Games Development, Multimedia VP/AR, Computer Science, Intelligent Systems, Software Engineering dan seumpamanya.
Pensijilan IR 4.010 HariAPU Certified Java Developer, APU Certified Cybersecurity Engineer, APU Certified Data Engineer, APU Certified Data Cloud Practitioner, APU Certified Network Administrator, APU Certified Animator, APU Certified Digital Marketing Specialist.

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2023.
  2. Merupakan Anak Peneroka / Generasi Baharu FELDA / anak petugas FELDA dan Kumpulan FELDA.
  3. Pemohon merupakan lepasan SPM 2023.
  4. Pemohon mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat, berkeupayaan berpasukan yang tinggi serta cemerlang dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum.
  5. Pemohon mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.

Cara Permohonan

Permohonan Program Global Digital Leadership (GDL) Tajaan FELDA 2024 ini kini dibuka dan permohonan program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut, iaitu:

Langkah 1Layari laman web permohonan, iaitu
Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDA
Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDA
Langkah 2Isi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
Langkah 3Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Program Biasiswa FGV 2024 dan Program Global Digital Leadership (GDL) Tajaan FELDA 2024 ini, sila hubungi saluran-saluran berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More