Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tema Rasmi Hari Kebangsaan 2024, Logo & Lirik Lagu Malaysia MADANI

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Kebangsaan 2024 atau sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 yang akan disambut pada 31 Ogos nanti.

Isi Kandungan

Tema Hari Kebangsaan 2024

Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Fahmi Fadzil telah hadir ke Majlis Pengumuman Logo dan Tema Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM 2024) pada 5 Jun 2024 (Rabu) di Putrajaya.

HKHM 2024 mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya dengan tema baharu iaitu:

“Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”

Pemilihan tema itu merupakan satu perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya.

Yang Berhormat Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HKHM 2024 menjelaskan bahawa,

  • Malaysia MADANI merupakan tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama.
  • Jiwa Merdeka pula menzahirkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui pelbagai aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.
Tema Rasmi Hari Kebangsaan 2024, Logo & Lirik Lagu Malaysia MADANI 1
Hari Kebangsaan 2024

Rasional Logo Malaysia MADANI

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi.

Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Tema Rasmi Hari Kebangsaan 2024, Logo & Lirik Lagu Malaysia MADANI 2
Hari Kebangsaan 2024

Berikut adalah maksud kepada bentuk-bentuk yang terdapat pada logo Malaysia MADANI, iaitu:

JalurLima (5) jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, iaitu asas ideologi Malaysia.
BulatanBulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Bulan SabitBulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan.
BintangBintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
Hari Kebangsaan 2024

Berikut pula adalah maksud warna pada logo Malaysia MADANI, iaitu:

WarnaMaksud
BiruKesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan.
MerahKeberanian, jatidiri dan keazaman.
KuningNilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan.
PutihKeluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni.
Hari Kebangsaan 2024

Lirik Lagu Malaysia MADANI

Berikut adalah merupakan lirik lagu rasmi Malaysia MADANI daripada Bunkface:

Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!

Malaysia, Madani!
Malaysia, Madani!
Malaysia Madani

-Bunkface-
Tema Rasmi Hari Kebangsaan 2024, Logo & Lirik Lagu Malaysia MADANI 3
Hari Kebangsaan 2024

Hari Kebangsaan Merupakan Cuti Wajib Di Seluruh Negeri Di Malaysia

Hari Kebangsaan 2024 adalah jatuh pada hari Sabtu, bersamaan 31 Ogos 2024 dan ia merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi semua negeri di Malaysia, iaitu

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Johor.
  • Kedah.
  • Kelantan.
  • Melaka.
  • Negeri Sembilan.
  • Pahang.
  • Perak.
  • Perlis.
  • Pulau Pinang.
  • Sabah.
  • Sarawak.
  • Selangor.
  • Terengganu.

Tahukah anda, cuti hari kebangsaan adalah termasuk dalam 5 Hari Kelepasan Am yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja mengikut Seksyen 60D(1)(a) & (b) Akta Kerja 1955.

Minimum 11 Hari Kelepasan Am setahun untuk seorang pekerja yang ditakrifkan sebagai seorang pekerja di bawah Seksyen 2, iaitu lima (5) Hari Wajib dan enam (6) Hari Pilihan Majikan.

Jika pekerja diperlukan dan diarahkan oleh majikan untuk bekerja, bayaran tambahan perlu dibayar. Sila rujuk Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955.

Tema Rasmi Hari Kebangsaan 2024, Logo & Lirik Lagu Malaysia MADANI 5

Sambutan Hari Kebangsaan 2024

Putrajaya sekali lagi akan menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Sambutan Hari Kebangsaan dianjurkan di Putrajaya buat julung kalinya pada 2003, seterusnya pada 2005, 2018, 2019 dan 2023.

Tema Rasmi Hari Kebangsaan 2024, Logo & Lirik Lagu Malaysia MADANI 6

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan logo, tema dan kompilasi lagu patriotik serta program Bulan Kebangsaan 2024 boleh dirujuk melalui Portal Rasmi Merdeka 360 dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Semoga perkongsian tentang Hari Kebangsaan 2024 di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More