Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MARDI 2024

Jawatan Kosong MARDI 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong MARDI 2024

Maklumat Jawatan Kosong MARDI 2024 ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanLokasi PenempatanGajiTempoh PerkhidmatanTarikh Tutup Permohonan
Penolong Juruukur Bahan Gred JA29Contract for Service (CFS)Ibu Pejabat MARDIRM 1,900.001 Tahun21 Jun 2024
Penolong Pegawai Senibina Gred JA29Contract for Service (CFS)Ibu Pejabat MARDIRM 1,900.001 Tahun21 Jun 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong MARDI 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MARDI 2024 1

Jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

Calon lantikan Jawatan Kosong MARDI 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Bidang tugas untuk jawatan ini adalah seperti berikut:
  1. Membantu Jurutera bagi peringkat awalan termasuk penilaian tapak, penyediaan dokumen spesifikasi kerja / BQ mengikut keperluan dan kehendak pelanggan dan penyediaan dokumen lengkap sebutharga / tender bagi proses perolehan.
  2. Penyediaan dokumen bagi perolehan Sebut Harga. Ini termasuk spesifikasi teknikal, skop kerja, bill of quantities dan lain-lain berkaitan.
  3. Penyediaan Laporan Penilaian Teknikal (Analisa) Tawaran Sebut Harga.
  4. Penyeliaan dan Pengawasan Kerja di tapak bagi urusan pembayaran kerja.
  5. Penglibatan dalam pelaksanaan projek oleh Penolong Juruukur Bahan.

Jawatan Penolong Pegawai Senibina Gred JA29

Calon lantikan Jawatan Kosong MARDI 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Bidang tugas untuk jawatan ini adalah seperti berikut:
  1. Membantu Jurutera bagi peringkat awalan termasuk draf lukisan konsep, reka bentuk, spesifikasi serta skop kerja dan anggaran kos.
  2. Penyediaan dokumen bagi perolehan Sebut Harga. Ini termasuk spesifikasi teknikal, skop kerja, bill of quantities, lukisan konsep 3D, lukisan berskala 2D dan lain-lain berkaitan.
  3. Penyediaan Laporan Penilaian Teknikal (Analisa) Tawaran Sebut Harga.
  4. Penyeliaan dan Pengawasan Kerja di tapak.
  5. Penglibatan dalam pelaksanaan projek oleh Penolong Pegawai Senibina.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi Borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara pos atau e-mel ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (AM)
Blok C7, Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang
(u/p: Hawa Shafini binti Mohd Razak)
Alamat e-mel: [email protected]

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MARDI 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong MARDI 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MARDI 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More